Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2021

Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2021

Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor.

Anda merupakan penuntut di IPTA/IPTS dan juga anak kelahiran Johor?

Berita baik buat anda yang ingin membuat pinjaman pelajaran!

Yayasan Pelajaran Johor membuka peluang sekali lagi buat anda untuk membuat permohonan bagi meringankan beban atau kos pembelajaran di peringkat universiti.

Apa syarat permohonan? Macam mana nak mohon?

Artikel Thesumber hari ini Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2021 khas buat para pelajar IPTA/IPTS yang berminat sebagai rujukan anda untuk membuat permohonan.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?

Kerajaan Negeri Johor telah menubuhkan Yayasan Pelajaran Johor pada tahun 1982 bertujuan untuk membantu menguruskan pinjaman pendidikan atau biasiswa pelajar-pelajar anak kelahiran Johor  yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS samada di dalam mahupun luar negeri.

Yayasan ini menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor.

Bantuan pelajaran seperti Pinjaman Pelajaran Dalam Negara disediakan khas golongan B40 dan M40 untuk membantu anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.

Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2021

Berikut kami kongsikan kepada anda syarat kelayakan permohonan, cara permohonan etc buat rujukan mereka yang berminat:

SENARAI IPTA/IPTS YANG LAYAK MEMOHON

Pemohon yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS berikut layak untuk memohon pinjaman ini:

  • IPTA: Semua IPTA di Malaysia (Untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)
  • IPTS:
  1. Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Untuk Diploma sahaja).
  2. Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Untuk Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja).
  3. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) (Untuk Diploma sahaja).
Read Also :  Bantuan Kecemasan MAIPk 2021: Permohonan & Semakan Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2021

Pemohon perlu memenuhi semua kriteria kelayakan permohonan di bawah sebelum membuat permohonan:

  1. Pemohon lahir dan juga menetap di Negeri Johor.
  2. Pemohon PERLU mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPT sebelum memohon pinjaman pelajaran.
  3. Kursus yang diikuti pemohon mestilah mendapat ‘Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia’ (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  4. Pemohon tiada penaja lain sama ada pinjaman ataupun biasiswa.
  5. Kursus yang diikuti di IPTA/IPTS pemohon mestilah sepenuh masa’
  6. Baki tempoh pengajian pemohon semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
  7. Pendapatan IBU DAN BAPA tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).

NOTA:

Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

CARA MEMOHON PINJAMAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Pemohon yang sedang menuntut di mana-mana IPT seperti senarai dan memenuhi semua kriteria kelayakan permohonan di atas boleh terus membuat permohonan seperti cara di bawah:

  1. Pemohonan perlu membuat permohonan secara online: BORANG PERMOHONAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR
  2. Klik pada ‘Permohonan Pra Pendaftaran’ dan isi segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Log Masuk menggunakan ‘Kata Laluan’ dan ‘ID’ yang betul.
  4. Selesai mengisi semua maklumat permohonan dengan teliti, klik pada ‘Cetak Slip Permohonan’
  5. Borang permohonan yang telah diisi bersama dokumen sokongan (seperti senarai dibawah) perlu dikepilkan sekali di dalam sampul surat A4.
  6. Pemohon mempunyai dua pilihan untuk menghantar borang permohonan samada meletakkan sampul A4 ke dalam peti berkunci pejabat YPJ atau dengan kaedah pos dan hantarkan ke alamat berikut:

Yayasan Pelajaran Johor,
No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,
Larkin Jaya Kg Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Read Also :  Permohonan No Pin & Login ezHasil Kali Pertama Online

NOTA:

  • ​Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima
  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)
  • Permohonan yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Sijil Kelahiran
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
  4. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  5. Salinan Surat Tawaran IPT
  6. Salinan Sijil SPM
  7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  8. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  9. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  10. Lain-lain Dokumen Berkaitan

NOTA:

  • Ibu DAN Bapa yang tiada slip gaji atau tidak berkerja (pencen/surirumah/pesara) sila lengkapkan BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN INI
  • Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya

SEMAKAN PINJAMAN YPJ 2021

Berikut adalah cara untuk anda buat semakan permohonan pinjaman YPJ ini:

  1. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
  2. Klik ‘Login’
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan

Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor

Maklumat Lanjut Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 

Sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai pinjaman ini anda boleh terus hubungi pihak YPJ di talian 07-234 4355 atau menghantar email ke [email protected].

ATAUPUN di Aplikasi Whatsapp seperti berikut:
  • Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
  • Aduan Pelanggan: 013-7411 355
  • Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
  • Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang layak untuk membuat permohonan pinjaman ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Ultimate flavor face off : geek bar pulse x 25k – blue rancher vs. Critical care in the wilderness : the escalating need for first aid on hiking trails. Safety and regulation of betting sports online.