Semakan Status iSinar KWSP.
Semak status iSinar KWSP anda kerana permohonan bakal mendapat kelulusan bermula 8 Mac 2021.
Tak percaya?
Ikuti maklumat yang kami inginkan kongsikan di Thesumber melalui artikel kami hari ini Semakan Status iSinar KWSP: Kelulusan Automatik 8 Mac Ini
Dah bersedia nak terima pengeluaran iSinar Kategori 2 anda?
Jom teruskan membaca!
Isi Kandungan
Semakan Status iSinar KWSP: Pengeluaran iSinar KWSP Tanpa Syarat
TERKINI
Terkini dari pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan mereka yang telah membuat permohonan iSinar Kategori 2 boleh mula membuat semakan status kelulusan iSinar mereka bermula 8 Mac 2021.
Bagi mereka yang membuat permohonan selepas tarikh 8 Mac juga akan mendapat kemudahan kelulusan permohonan secara automatik sehingga tarikh tutup permohonan.
Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar KWSP masih lagi dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Ini bermakna semua syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan iSinar Kategori ini akan dimansuhkan dan mereka yang permohonan akan terus mendapat kelulusan secara automatik.
Pengeluaran KWSP iSinar Tanpa Syarat ini membolehkan pemohonan berumur kurang daripada 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan Akaun 1 KWSP mereka bergantung kepada baki jumlah yang masih ada di dalam akaun tersebut.
Perlaksanaan i-Sinar Tanpa Syarat ini akan diluluskan secara automatik setelah KWSP selesai meneliti kesemua kirteria bagi memudahkan urusan permohonan.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.
PEMANSUHAN PEMBAYARAN INTERIM RM1,000
KWSP juga memaklumkan bahawa pembayaran interim sebanyak RM1,000 sebelum ini akan dimansuhkan berikutan pemansuhan syarat kelayakan permohonan iSinar Kategori 2.
Pemohon yang belum mendapat bayaran interim RM1,000 sebelum ini akan menerima bayaran penuh sepertimana permohonan mereka di iSinar.
CONTOH SITUASI:
- Pemohon yang membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021 dan telah menerima pembayaran interim RM1000, permohonan mereka dalam status ‘sedang diproses’ dan kelulusan automatik akan diberikan bermula 8 Mac 2021.
- Pemohon yang membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021 tidak menerima pembayaran interim RM1000, permohonan mereka dalam status ‘dokumen sokongan diperlukan’ akan mendapat kelulusan automatik bermula 8 Mac 2021 dan menerima bayaran pendahuluan secara penuh seperti permohonan.
- Pemohon yang membuat permohonan pada 8 Mac 2021 hingga 30 Jun 2021 akan menerima kemudahan kelulusan automatik dan pemabayaran penuh seperti permohonan.
JUMLAH PENGELUARAN iSINAR KATEGORI 2
Pencarum KWSP yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah:
- Anda boleh membuat pengeluaran sehingga maksimum RM10,000. Pembayaran akan dilakukan dalam proses ansuran sepanjang tempoh 6 bulan dengan pembayaran pertama maksimum sekitar RM5,000
Pencarum KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM100,000:
- Anda boleh membuat pengeluaran sebanyak 10% daripada jumlah simpanan akaun 1 dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.
- Pembayaran juga akan dibuat dalam proses ansuran sepanjang tempih 6 bulan dengan bayaran maksimum kali pertama adalah sebanyak RM10,000.
CARA SEMAK STATUS iSINAR KATEGORI 2
- Pemohon perlu layari laman web rasmi i-Sinar
- Kemudian klik ‘Semak Status’
- Masukkan ‘No Kad Pengenalan’ dan ‘Telefon Bimbit’
- Klik pada ‘Saya Bukan Robot’
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan status permohonan dan tarikh pembayaran anda akan dipaparkan.
SUKA JUGA UNTUK KAMI INGATKAN DI BAWAH:
PENTING!
Makluman daripada KWSP dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa mereka yang membuat permohonan iSinar KWSP Kategori 2 boleh mula membuat semakan permohonan pada 8 Februari 2021.
Bagi mereka yang telah membuat semakan dan mendapati permohonan mereka lulus anda dinasihati untuk membuat SEMAKAN SEKALI LAGI untuk memastikan permohonan anda diluluskan ataupun tidak.
Hal ini kerana terdapat MASALAH TEKNIKAL yang berlaku pada paparan teknikal iSinar Kategori 2 apabila anda membuat semakan permohonan sebelum tarikh 8 Februari 2021.
Maklumat Lanjut Semakan Status iSinar KWSP
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai i-Sinar KWSP, anda boleh terus hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/
Semoga dengan berjayanya perlaksanaan i-Sinar Tanpa Syarat ini dapat memudahkan urusan rakyat dan meringankan beban mereka yang terkesan akibat penularan wabak pandemik Covid-19 di negara.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH