Permohonan GIATMARA Online (GsPel) Pelatih Baru Sesi 2022

Permohonan GIATMARA Online (GsPel) Pelatih Baru Sesi 2022

Permohonan GIATMARA Online.

Sukacita dimaklumkan pengambilan pelatih baru Giat MARA untuk sesi 2022 kini buka secara online bermula Oktober 2021.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan, membuat semakan syarat kelayakan, senarai kursus dan banyak lagi perkhidmatan lain hanya secara atas talian/online.

Anda inginkan maklumat lanjut?

Thesumber berkongsikan informasi pengambilan pelatih baru Giat MARA dalam artikel kami hari ini Permohonan GIATMARA Online (GsPel) Pelatih Baru Sesi 2022.

Semua maklumat yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Kenali Institusi GIATMARA

Apa itu GIATMARA?

GIATMARA adalah sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

Permohonan GIATMARA Online (GsPel) Pelatih Baru Sesi 2022

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut syarat kelayakan permohonan, borang permohonan, cara memohon dan banyak lagi buat rujukan anda:

KELEBIHAN GIATMARA

Antara kelebihan menyertai GIATMARA adalah:

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)
Read Also :  Bantuan Kecemasan MAIPk 2021: Permohonan & Semakan Online

SENARAI KURSUS GIATMARA

Senarai kursus yang ditawarkan di GIATMARA adalah seperti berikut:

  1. Kursus Kluster Komputer dan Networking
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kursus Kluster Fabrik
  4. Kluster Elektronik Mekatronik
  5. Kursus Kluster Kulinari
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kluster Senibina
  11. Kursus Kluster Pengangkutan
  12. Kursus Kluster Creative Media

PENSIJILAN GIATMARA

  • Sijil Profesional GIATMARA
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil Modular GIATMARA
  • Sijil Teknologi GIATMARA
  • Sijil Kehadiran GIATMARA
  • Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA
  • Sijil Perantisan GIATMARA
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &
  • Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

Permohonan GIATMARA Online (GsPel) Pelatih Baru Sesi 2022

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Pemohon berstatus Bumiputera
  • Pemohon berumur 15 Tahun ke atas
  • Pemohon sihat tubuh badan
  • Pemohon mestilah berminat dengan bidang kemahiran yang ingin dipelajari
  • Pemohon mestilah tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.

BORANG PERMOHONAN GIATMARA ONLINE SESI 2022

  1. Pemohon yang ingin mengisi borang permohonan perlu mendaftar terlebih dahulu di:
  2. Selesai mendaftar anda boleh terus mengisi borang di:

Bagi mereka yang tidak boleh membuat permohonan secara online, anda boleh memohon secara manual dengan cara berikut:

  • Muat Turun: BORANG PERMOHONAN GIATMARA SEPENUH MASA. Isi semua maklumat yang diminta dan hantar kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan ATAU
  • Hadir ke mana-mana GIATMARA berhampiran untuk proses permohonan secara manual

Maklumat Lanjut Permohonan GIATMARA Online

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan GIATMARA sesi 2022 ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Read Also :  Permohonan Bantuan Kewangan IPTA (iBita) 2020 Online

WISMA GIATMARA

  • Talian: 03-2691 2690
  • E-mel: [email protected]
  • Alamat:
    • No 39, Jalan Medan Tuanku,
      50300 Kuala Lumpur.
      Malaysia

Atau hadir dimana-mana GIATMARA berhampiran anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan. Permohonan GIATMARA Online

TERIMA KASIH

Free & easy ad network.