Permohonan & Semakan Online Rayuan BSH 2020

Permohonan Online Rayuan BSH. 

Bayaran BSH Fasa 3 pada 24 Julai 2020 yang lepas. Tapi tahukah anda permohonan rayuan BSH 2020 akan dibuka pada 7 Ogos nanti?

Inginkan maklumat lanjut?

Baca artikel kami Permohonan & Semakan Online Rayuan BSH 2020. Segala maklumat yang anda perlukan kami sertakan disini.

Jom baca!

Permohonan & Semakan Online Rayuan BSH 2020

Pemberitahuan kongsikan pada anda tarikh permohonan rayuan, 2 kaedah permohonan rayuan dan maklumat-maklumat penting lain yang diperlukan untuk membuat permohonan ini:

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN ONLINE BSH

  • Permohonan dibuka: 7 OGOS 2020
  • Permohonan ditutup: 6 SEPTEMBER 2020

KAEDAH PERMOHONAN RAYUAN ONLINE BSH

Berikut adalah dua kaedah permohonan rayuan  BSH 2020:

PERMOHONAN RAYUAN ONLINE

  1. Sila layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup: PORTAL RASMI BSH 2020
  2. Pada 7 Ogos nanti anda boleh mula membuat rayuan dengan menekan pada butang ‘Rayuan’
  3. Di halaman berikut, masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-) dan tekan butang carian.
  4. Setelah berjaya memasukkan nombor MyKad, anda boleh meneruskan proses permohonan mengikut aturan yang ditetapkan.

PERMOHONAN RAYUAN MANUAL (DI CAWANGAN LHDNM)

Perhatian bagi pemohon yang tidak boleh membuat rayuan secara atas talian (online), permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua lokasi berikut bermula tarikh seperti dinyatakan di atas.

  • Cawangan LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH)
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Tarikh pembayaran BSH ini diawalkan bagi bertujuan mempercepatkan perkembangan ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.

BACA JUGA :  Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Berikutan dengan pengumuman tersebut, penerima BSH akan menerima bayaran seperti yang telah ditetapkan.

Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.

NOTA:

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

TAMBAHAN RM120 SEORANG (Bayaran BSH Fasa 3)

Berita baik untuk anda, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak yang berumur 18 tahun dan maksimum seramai 4 orang anak.

Permohonan & Semakan Online Rayuan BSH 2020

Ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang kebanyakannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BSH

Umum mengetahui permohonan baru / urusan kemaskini BSH telah pun dibuka pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my ataupun secara manual di mana-mana kaunter LHDN yang berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seperti yang dinyatakan di atas.

SEMAKAN BSH FASA 3

Untuk membuat semakan BSH Fasa 3 status pembayaran, berikut adalah langkah-langkah sebagai rujukan:

  • Anda perlu layari Portal Rasmi BSH
  • Pilih menu ‘SEMAKAN STATUS BAYARAN’ (Maklumat Pembayaran BSH 2020)
  • Buat semakan dengan memasukkan no kad pengenalan anda.
  • Status permohonan anda akan dipaparkan.

 

Paparan Status

  • Dalam proses pengkreditan: Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai: Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semkan status.

Maklumat Lanjut Permohonan & Semakan Online Rayuan BSH

Anda boleh mendapatkan segala maklumat dan info lanjut di laman web rasmi BSH:

BACA JUGA :  Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO

PORTAL RASMI BANTUAN SARA HIDUP

Kesimpulan 

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat semakan status pembayaran BSH dengan lancar dan mudah. Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH