Semakan Daftar Pemilih SPR.
Sudahkah anda bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Sabah yang bakal menghadapi pilihanraya pada 26 September ini?
PRU-15 juga bakal menyusul!
Anda ingin membuat semakan daftar pemilih SPR? Mudah sahaja secara online dan SMS.
Artikel kami hari ini kami bawakan khas untuk anda Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online & SMS 2020 sebagai panduan lengkap untuk anda. Semuanya ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online & SMS
Kami sediakan anda maklumat-maklumat penting di bawah sebagai rujukan:
SENARAI KATEGORI PEMILIH SPR
PENGUNDI BIASA
Adalah mereka yang telah membuat pendaftaran sebagai pengundi dan perlu menghadirkan diri di Pusat Mengundi.
Pada hari mengundi, pastikan anda:
- Datang awal ke Pusat Mengundi
- Dapatkan slip Saluran Mengundi di Borang Semakan SPR
- Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda
- Apabila dibenarkan masuk sila ikuti prosedur yang telah ditetapkan
- Segera beredar setelah selesai urusan mengundi. Pusat Pengundian adalah kawasan larangan bagi sabarang aktiviti lain.
POLIS
Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal.
Mereka terdiri daripada 2 sub kategori iaitu:
- Pengundi
- Pengundi Pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
TENTERA
Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal.
Terdiri daripada dua kategori iaitu:
- Pengundi
- Pengundi Pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa, layak memohon undi pos.
PENGUNDI LUAR NEGARA
- Pengundi tidak hadir (Luar Negara) – Tidak perlu memohon untuk Undi Pos
- Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan telah mendaftar sebagai pengundi – Perlu memohon untuk mengundi secara pos
MEDIA
Anggota media yang membuat liputan pilihanraya semasa hari pengundian perlu memohon untuk mengundi secara pos.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAFTAR PEMILIH
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada hari mengundi
- Telah bermastautin di tempat atau kawasan mengundi (Dewan Undangan Negeri dan Kawasan Parlimen)
- Tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang daripada melayakkan daftar pemilih
- Pendaftaran dilakukan selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum hari mengundi
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR ONLINE
Mereka yang ingin membuat semakan daftar pemilih SPR secara online berikut kami kongsikan cara-caranya di bawah:
- Anda perlu layari laman web rasmi berikut: SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
- Masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan bersambung tanpa “space” atau simbol “-“
- Kemudian tekan ‘Semak’
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR SMS
Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No.IC (Contoh:920525125098) kemudian hantar ke 15888
Kesimpulan
Kami berharap artikel ini dapat membantu anda menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin yang terbaik membina Negara.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
TERIMA KASIH