Borang Permohonan Sayangi Rumahku Perak 2021 Online

Borang Permohonan Sayangi Rumahku.

Rakyat Perak khususnya boleh memohon bantuan baik pulih rumah atau bina baru melalui Program Sayangi Rumah di bawah kelolaan Yayasan Perak.

Sasaran bantuan adalah pada mereka yang dikategorikan golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai di dalam sistem ekasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Anda inginkan maklumat lanjut?

Thesumber hari ini membawakan anda artikel Borang Permohonan Sayangi Rumahku Perak 2021 Online sebagai panduan anda membantu golongan yang memerlukan ini mempunyai kediaman yang lebih selesa.

Jom baca!

Apa Itu Program Sayangi Rumahku?

Untuk makluman anda, program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.

Konsep yang diaplikasikan adalah bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih ataupun bantuan pembinaan rumah baharu.

2 KATEGORI PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

KATEGORI BAIK PULIH RUMAH

Untuk kategori ini bantuan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah namun mempunyai mereka masalah ekonomi untuk membaiki rumah mereka.

Skop bantuan Baik Pulih Rumah pula hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.

KATEGORI BINA BARU RUMAH

Bantuan untuk kategori ini akan diberikan kepada:

  • Mereka yang tidak memiliki rumah/mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki.
  • Mempunyai masalah dari segi ekonomi keluarga.
BACA JUGA :  Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO

3 jenis rumah di bawah bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Bina Baru 1 BilikBorang Permohonan Sayangi Rumahku
  • Bina Baru 2 Bilik

Borang Permohonan Sayangi Rumahku 1

  • Bina Baru 3 Bilik

Borang Permohonan Sayangi Rumahku 2

Borang Permohonan Sayangi Rumahku Perak 2021 Online

Mereka yang berminat boleh semak syarat kelayakan di bawah sebelum memohon:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan berkahwin.
  2. Pemohon berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  3. Pemohon berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua Kampung.
  4. Status tanah kediaman pemohon adalah hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru).
  5. Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  6. Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih)

CARA PERMOHONAN SAYANGI RUMAHKU PERAK 2021 ONLINE

Mereka yang layak boleh terus memohon dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah:

  1. Anda boleh mendapatkan borang permohonan bantuan ini percuma secara online atau manual seperti di bawah:
    • MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SAYANGI RUMAHKU PERAK
    • Dapatkan borang secara manual di:
      • Pejabat Yayasan Perak
      • Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
      • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
      • Pejabat Daerah atau Pejabat Penghulu
  2. Isi kesemua maklumat yang diminta di dalm borang permohonan dengan betul kemudian sediakan dokumen-dokumen sokongan di bawah:
    • Salinan kad pengenalan pemohon.
    • Salinan kad pengenalan pasangan/waris dan tanggungan.
    • Penyata pendapatan pemohon.
    • Penyata pendapatan pasangan/waris.
    • Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
    • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah
      • NOTA: Dokumen sokongan di atas perlu mendapat perakuan dan pengesahan Ketua Kampung / Penghulu / Ahli Parlimen / ADUN / Pemimpin Setempat
  3. Borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan di atas boleh dihantar ke alamat berikut:
BACA JUGA :  Cara Memohon Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Perak

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

ATAU

Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak

Maklumat Lanjut Borang Permohonan Sayangi Rumahku Perak

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Yayasan Perak: 05-246 0998

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon.

TERIMA KASIH