Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 One-Off

Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 One-Off

Bantuan Anak Istimewa Selangor.

Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa kini boleh membuat permohonan bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan menerima maksima sebanyak RM5000 secara one-off.

Bagaimana caranya nak buat permohonan?

Thesumber hari ini dengan artikel Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 One-Off kami sediakan khas buat rujukan anda yang berminat ingin membuat permohonan.

Jom teruskan bersama kami!

Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)?

Keluarga yang layak dialu-alukan untuk membuat permohonan bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Bantuan khas ini dibuka kepada keluarga yang mempunyai tanggungan OKU di dalam keluaraga. Tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah untuk meringankan ahli keluarga menanggung kos penjagaan, pendidikan, dan sara hidup.

4 jenis bantuan yang disediakan di bawah Skim ANIS ini adalah:

  1. Bantuan Makanan dan Keperluan Tambahan
  2. Pembelian dan Pembaikian Peralatan
  3. Kos Ubat-Ubatan
  4. Pendidikan contohnya: Terapi atau kelas khas untuk kanak-kanak OKU

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Permohonan bantuan ini mula dibuka pada 15 Februari 2021.

Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 One-Off

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sebelum mula membuat permohonan:

  1. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  2. Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
  3. Permohonan ini dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
  4. Pemohon perlu memiliki Kad OKU ataupun Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
Read Also :  Permohonan Online Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020

Bantuan Anak Istimewa Selangor

CARA PERMOHONAN BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR

Sekiranya anda memeunhi kesemua syarat-syarat di atas anda boleh terus membuat permohonan seperti di bawah:

  1. Pemohon boleh memohon secara atas talian di laman web rasmi YAWAS.
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
  4. Permohonan boleh dihantar kepada :Emel [email protected]
  5. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
  6. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali bersama dengan borang permohonan:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan.
  3. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
  4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  5. Salinan kad pengenalan anak istimewa
  6. Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  7. Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
  8. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  9. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)

Maklumat Lanjut Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Sebarang pertanyaan dan kekeliruan mengenai bantuan ini anda boleh terus layari laman web rasmi YAWAS.

Semoga artikel hari ini sedikit sebanyak dapat mebantu golongan yang benar-benar memerlukan. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

TERIMA KASIH