Semakan Temuduga Guru One-Off (SPP) Fasa 2 Online

Semakan Temuduga Guru One-Off (SPP) Fasa 2 Online

Semakan Temuduga Guru One-Off (SPP).

Perhatian kepada calon yang memohon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off untuk tahun 2021, anda kini boleh mula membuat semakan tarikh temuduga fasa 2 bagi mereka yang berkelayakan.

Temuduga Guru One-Off SPP ini akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021. Kini, semakan panggilan temuduga fasa 2 bermula 3 Oktober 2021 ini.

Thesumber kongsikan dengan anda panduan untuk membuat semakan penempatan temuduga melalui artikel kami hari ini Semakan Temuduga Guru One-Off (SPP) Fasa 2 Online.

Jom baca!

Isi Kandungan

Semakan Temuduga Guru One-Off (SPP) Fasa 2 Online

Makluman ini merupakan kenyataan media rasmi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada 31 Ogos 2021.

Untuk makluman pemohon, bagi urusan temuduga guru one-off SPP ini akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan.

Setiap calon yang layak akan menjalani proses temuduga SEKALI SAHAJA mengikut opsyen yang telah ditetapkan di dalam SPP.

TARIKH SEMAKAN TEMUDUGA GURU ONE-OFF SPP FASA 2 2021

Semakan penempatan temuduga Fasa 2 bagi mereka yang berkelayakan bermula pada 3 Oktober 2021 melibatkan opsyen-opsyen berikut:

  1. Bahasa Inggeris;
  2. Bahasa Melayu;
  3. Bimbingan dan Kaunseling;
  4. Grafik Komunikasi Teknikal;
  5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
  6. Pendidikan Khas;
  7. Pendidikan Seni / Seni Visual;
  8. Reka Cipta; dan
  9. Sejarah.

Temuduga buat opsyen-opsyen lain akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa-fasa seterusnya. Pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa melalui PORTAL RASMI SPP dan juga Media Sosial SPP.

Read Also :  Contractor General Liability Insurance

Calon diminta untuk sentiasa peka dan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN TEMUDUGA SPP ONE-OFF SECARA ONLINE

MAKLUMAN

Calon-calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.

Anda boleh merujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan temuduga anda:

  1. Calon perlu layari PORTAL LOG MASUK SPP terlebih dahulu.
  2. Log masuk. Isikan ID (Nombor Kad Pengenalan) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada ‘Lupa Kata Laluan’ untuk buat kata laluan baru.
  4. Pada bahagian kiri skrin pergi pada menu ‘Semakan Permohonan’ sekiranya anda layak anda akan dipaparkan dengan status temuduga dan opsyen yang ditentukan.

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA

Semakan keputusan temuduga guru spp one-off anda boleh dibuat di:

Maklumat Lanjut Semakan Temuduga Guru One-Off

Semakan Temuduga Guru One-Off

Semakan Temuduga Guru One-Off

Sebarang maklumat lanju anda boleh rujuk pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada calon-calon yang memohon. semakan Temuduga Guru. contoh soalan dan jawapan temuduga guru , soalan temuduga guru

TERIMA KASIH

연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.