Semakan Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak 2021

Semakan Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak 2021

Semakan Insentif Bayaran Balik PTPTN.

Kerjaan negeri Sarawak melalui Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dengan PTPTN memberikan khabar gembira kepada peminjam PTPTN khususnya anak negeri Sarawak.

Insentif Bayaran Balik PTPTN pengurangan sebanyak 30% diberikan kepada peminjam PTPTN anak Sarawak.

Bagaimana nak buat semakan kelayakan insentif bayaran balik PTPTN?

Teruskan membaca artikel kami hari ini Semakan Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak 2021 sebagai rujukan baut mereka yang ingin membuat semakan samada anda layak atau tidak menerima insentif ini.

Baca sampai habis ye..

Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak Membantu Meringankan Beban

Untuk makluman anda, kerajaan negeri Sarawak melalui Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak mengumumkan peruntukkan sebanyak RM30 juta sebagai dana permulaan untuk pembayaran balik pinjaman bekas pelajar dari negeri ini dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.

Semakan Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak 2021

Kerjasama antara Yayasan Sarawak dan PTPTN dalam menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman pelajar di negeri ini mampu meringankan beban hutang mereka yang terbabit.

Peminjam ini adalah terdiri daripada anak-anak Sarawak yang telah menyelesaikan 30% pinjaman mereka dan pelajar tidak perlu membuat permohonan sebaliknya anda boleh terus membuat semakan kelayakan mulai 9 Mac 2021.

Read Also :  Semakan Status iSinar KWSP: Kelulusan Automatik 8 Mac Ini

PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

CARA SEMAK SYARAT KELAYAKAN INSENTIF BAYARAN BALIK PTPTN SARAWAK

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti yang berikut:

  1. Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak;
  2. Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
  3. Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).
  4. Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

KELAYAKAN PENGURANGAN SEBANYAK 30% DITENTUKAN DENGAN CARA:

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.

CONTOH PENGIRAAN 30% INSENTIF BAYARAN BALIK PTPTN

Berikut adalah contoh pengiraan:

  • Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan(RM15,000)
  • Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang(RM5,000)
  • Baki pinjaman(RM10,000)
  • Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak (RM 3,000)
  • Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam(RM7,000)

CARA SEMAK STATUS INSENTIF BAYARAN BALIK PTPTN SARAWAK

Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN: SEMAKAN INSENTIF BAYARAN BALIK ANAK SARAWAK mulai 9 Mac 2021.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah Insentif Ini Terhad Kepada Tempoh-tempoh Tertentu?

  • Tidak. Bantuan PTPTN Sarawak ini terbuka kepada mana-mana peminjam yang mencapai 30% bayaran balik.

Siapakah yang layak sebagai kelompok pertama?

  • Bagi pemberian kelompok pertama, bayaran balik adalah sehingga 31 Oktober 2020.

Adakah peminjam perlu meneruskan bayaran balik PTPTN?

  • Peminjam hendaklah meneruskan bayaran balik masing-masing agar dapat menikmati inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini.

Maklumat Lanjut Semakan Insentif Bayaran Balik PTPTN

Sebarang pertanyaan mengenai insentif bayaran balik PTPTN ini anda boleh terus hubungi PTPTN di saluran berikut:

Read Also :  Semakan Online Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2020/2021

Is the carnivore diet heart healthy ?.  연차 수당은 근로자가 연차 휴가를 사용하지 않은 경우, 회사가 지급하는 수당입니다.