Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz.

Pelajar hafiz yang telah memiliki Diploma atau Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada dalam atau luar negara kini mendapatkan biasiswa melalui Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Nak semak syarat kelayakan SPH 2021?

Macam mana pula dengan permohonan?

Teruskan baca artikel kami hari ini Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021 sebagai rujukan buat anda yang berminat untuk membuat permohonan.

Isi Kandungan

Apa Itu Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)?

SPH merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki Diploma atau Sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPT dalam dan luar negara.

Tawaran SPH ini dibuka kepada pelajar separuh masa sahaja bagi pelajar yang menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah bagi sesi pengajian 2020/2021 Semester 2.

TEMPAT PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

UNIVERSITI DALAM NEGARA

  • Semua Universiti Awam (UA) yang diiktiraf oleh kerajaan

UNIVERSITI LUAR NEGARA

  • Universiti Mu’tah, Jordan
  • Universiti Al-Balqa, Jordan
  • Universiti Al-Hashemite, Jordan
  • Universiti Amman, Jordan
  • Universiti Jordan, Amman, Jordan
  • Universiti Al-Bayt, Jordan
  • Universiti Yarmouk, Jordan
  • Universiti WISE, Jordan
  • Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir
  • Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Maahad Qiraat Mansoura, Mesir
  • Universiti Thanta, Mesir
  • Institut Agama Islam Negeri Alauddin, Makassar, Indonesia
  • Institut Agama Islam Negeri Antasari, Bandjarmasin, Indonesia
  • Institut Agama Islam Negeri Imam Bondjol, Padang, Indonesia
  • Institut Agama Islam Negeri Raden Fatah, Palembang, Indonesia
  • Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalidjaga, Indonesia
  • Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Indonesia
  • Institut Agama Islam Negeri Thaha Sjaifuddin Djambi, Indonesia
  • Institut Agama Islam Negeri Wali Songo, Semarang, Indonesia
  • Institut Agama Islam Raden Intan, Lampung, Indonesia
  • Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia
  • Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia
  • Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia
  • Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia
Read Also :  Permohonan Bantuan Pelancongan Johor One-Off 2021 Online

BIDANG-BIDANG PENGAJIAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ

BIDANG PENGAJIAN DALAM NEGARA

  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Teknologi
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Optometri
  • Undang-Undang
  • Ekonomi/ Akaun

BIDANG PENGAJIAN LUAR NEGARA

  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Perubatan

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021

Berikut kami sertakan semakan syarat kelayakan SPH, ciri-ciri pemohon yang tidak layak, cara permohonan etc untuk rujukan anda:

CIRI-CIRI PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MEMOHON SPH

Pelajar yang tegolong di dalam kategori di bawah tidak layak untuk membuat permohonan SPH JAKIM:

  1. Penjawat awam.
  2. Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).
  3. Pelajar yang telah mendapat tajaan atau biasiswa daripada mana-mana penaja.
  4. Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/Asasi Sains/Pra Universiti/Foundation/Pensijilan Tahfiz al-Quran/Pusat Bahasa.

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ

Pelajar perlu memenuhi dua jenis syarat iaitu syarat umun dan syarat akademik seperti di bawah:

SYARAT UMUM PERMOHONAN

NOTA:

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.
  3. Pemohon tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
  4. Pemohon yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pemohon yang menerima pinjaman perlu MENAMATKAN pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.
  5. Baki pengajian pemohon tidak kurang dari 2 semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
  6. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK PSH JAKIM

3 kategori syarat kelayakan akademik PSH JAKIM adalah seperti berikut:

Read Also :  Permohonan Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19

Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  • Mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas; atau
  • Mempunyai Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid /Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid; dan
  • SPM 5 Kepujian/STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab)/STAM Pangkat Jayyid.

Pengajian Ijazah Sarjana Muda (tahun 2 dan ke atas)

  • PNGK tahun pertama 3.3 ke atas; dan
  • Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid.

Pengajian Ijazah Sarjana/Ph.D (Pengajian dalam negara sahaja)

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian); dan
  • Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid.

CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) 2021

Berikut kami sertakan langkah-langkah permohonan buat pelajar yang layak:

  1. Pemohon perlu layari: LAMAN WEB RASMI SPH ISLAM 
  2. Klik pada ‘Mohon Sekarang’
  3. Kemudian, klik pula pada ‘Daftar Akaun Pemohon’
  4. Baca syarat-syarat permohonan dengan telitu kemudian klik ‘Setuju’
  5. Isi maklumat pemohon dengan betul dan tepat kemudian ‘Daftar’
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat diri dengan lengkap dan betul.
  8. Muat naik dokumen sokongan (seperti senarai yang kami sertakan di bawah)
  9. Selesai semua proses permohonan, cetak ‘Slip Pengesahan Permohonan SPH’ sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlu dimuat turun bersama borang permohonan:

  • 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Sijil-sijil akademik:
    – Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM/Sijil Tahfiz Malaysia/Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM.
    – Sijil Pelajaran Malaysia.
    – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia.
  • Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
  • Salinan Surat Tawaran Pengajian.
  • Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas).
  • Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga/tanggungan.
  • Slip gaji ibu/bapa/penjaga atau Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan
  • Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.
Read Also :  Permohonan MRSM 2021 Online Bagi Tingkatan 1 & 4

Maklumat Lanjut Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Hafiz ini anda boleh terus hubungi pihak Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7149/7141/7142/7145 atau email ke [email protected].

Sila kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang berminat untuk membuat permohonan.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Android’s new real time app scanning : combating malicious sideloaded apps.