Semakan Baki Pinjaman AEON Credit.
Semak baki pinjaman AEON Credit dengan mudah secara atas talian/online dan melalui khidmat pesanan ringkas SMS.
Anda boleh menyemak baki pinjaman pada bila-bila masa dimana jua anda berada. Semuanya mudah dengan teknologi membantu anda mendapatkan maklumat di hujung jari. Semakan Baki Pinjaman Aeon
Kami di Thesumber hari ini kongsikan dengan anda panduan Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Service Online/SMS untuk memudahkan urusan anda membayar hutang yang terkumpul.
Jom baca artikel kami.
Isi Kandungan
Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Service Online/SMS
Untuk makluman anda, AEON merupakan salah satu daripada syarikat popular yang menyediakan servis pinjaman kredit. Tawaran pinjaman kredit ini dikendalikan oleh syarikat AEON Credit Service (M) Sdn. Bhd.
Urusan pembayaran pinjaman ini sangat mudah dengan adanya Pembayaran Kredit AEON. Kebanyakan syarikat kini menawarkan pembayaran melalui pinjaman kredit AEON untuk membeli barangan elektrik, motorsikal dan sebagainya.
Namun begitu, apabila anda menggunakan perkhidmatan pembayaran AEON Credit Service, anda tertakluk kepada jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui dengan pihak AEON.
Anda perlu memastikan anda membuat bayaran semula pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengekalkan status skor kredit yang bagus.
Untuk itu, anda perlu sentiasa membuat semakan jumlah pinjaman anda untuk sentiasa peka dengan jadual pembayaran pinjaman.
Pembayaran semula pinjaman AEON boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya
- Cash Deposit Machine (CDM)
- Cheque Deposit Machine
- ATM
- Perbankan internet
Macam mana nak buat semakan? Jom rujuk cara-cara di bawah:
CARA SEMAK BAKI PINJAMAN AEON KREDIT SECARA ONLINE
Semak baki pinjaman AEON Kredit anda secara atas talian/online dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:
- Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu di: PORTAL RASMI AEON KREDIT
- Kemudian klik pada ‘Register’
- Pada bahagian pendaftaran pastikan anda memasukkan NO. KAD PENGENALAN YANG BETUL
- Selesai mendaftar, pengguna boleh log in menggunakan ID dan Kata Laluan yang didaftarkan kemudian membuat semakan jadual pembayaran yang disediakan.
Selesai!
CARA SEMAK BAKI PINJAMAN AEON KREDIT MELALUI SMS
Baki pinjaman AEON Kredit anda juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas seperti berikut:
Kemudahan ini boleh disediakan bagi pengguna yang tidak mempunyai capaian internet yang baik.
Perkhidmatan SMS ini juga tertakluk kepada caj SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan SMS anda.
- Taipkan di ruangan ‘mesej’: AEON > NO KOD > 4 DIGIT TERAKHIR NO IC (Contoh: AEON CCBAL 4321)
- Nombor Kod:
- CCSTS – Status permohonan
- CCBAL – Tunggakan baki
- CCMIN – Amaun bayaran minima
- CCACA – Had kredit
- CCACT – Pengaktifan kad kredit
- Nombor Kod:
- Hantarkan mesej anda ke nombor ‘63633’
Selesai. Mudah bukan?
Maklumat Lanjut Semakan Baki Pinjaman AEON Credit
Sebarang pertanyaan mengenai pinjaman AEON Kredit ini anda boleh terus hubungi bahagian khidmat pelanggan di saluran berikut:
- Talian AEON Credit Service: 03-27199999
Pastinya selepas semua urusan semakan baki pinjaman akan menjadi lebih dengan kaedah yang kami kongsikan di atas.
Selamat maju jaya kami ucapkan. Semakan Baki Pinjaman Peribadi Aeon Credit
TERIMA KASIH