eBaki MARA Online.
Untuk makluman anda, eBaki MARA adalah satu portal yang memudahkan semua peminjam pelajaran MARA menyemak dan membayar baki pinjaman mereka secara online.semak baki pinjaman mara.
Semua peminjam MARA kini boleh merancang kewangan mereka dengan lebih baik apabila mereka boleh mengakses portal eBaki MARA pada bila-bila masa sahaja untuk menyemak baki pinjaman yang ada.
Macam mana nak semak tu? Susah ke?
Jangan risau, semua mudah sahaja dengan entri kami hari eBaki MARA Online: Semakan Baki Pinjaman Pendidikan MARA sebagai panduan untuk anda.
Jom baca!
Isi Kandungan
eBaki MARA Online: Semakan Baki Pinjaman Pendidikan MARA
Untuk makluman anda, terdapat 2 jenis pinjaman pelajaran yang disediakan oleh pihak MARA iaitu:
Tertiary Education Loan Program (TESP)
- Khusus untuk pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi dalam negara yang ditetapkan olehh MARA.
Excellent Student Program (IPMa)
- Khusus untuk pelajar cemerlang Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di dalam dan luar negara dimana pelajar dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang dan penglibatan aktif dalam kurikulum semasa di IPMa di peringkat sijil dan diploma dengan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
eBAKI MARA ONLINE: CARA DAFTAR
Untuk mereka yang ingin membuat semakan baki pinjaman MARA secara online perlu berdaftar terlebih dahulu seperti langkah di bawah:
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI eBAKI MARA
- Pengguna yang yang baru ingin mendaftar perlu klik ‘Pengguna Baru’
- Isikan nombor kad pengenalan anda untuk pengesahan kemudian lengkapkan butiran permohonan anda.
CARA SEMAK BAKI PINJAMAN MARA SECARA ONLINE
Selain daripada membuat semakan pinjaman, eBaki MARA juga berfungsi untuk:
- Menyemak baki pinjaman pendidikan
- Menyemak penyata pinjaman pendidikan
- Menyemak jadual bayaran semula pinjaman pendidikan
- Permohonan emoratarium
- Permohonan pengurangan pembayaran pinjaman pendidikan
- Melakukan pembayaran semula pinjaman pendidikan
Selesai mendaftar anda boleh terus semak baki pinjaman dengan mengikuti cara-cara di bawah:
- Selesai mendaftar, pengguna boleh log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Kemudian klik ‘Hantar’
- Pilih ‘Jadual Bayaran Balik’ pada menu dan klik ‘Papar’
Kesimpulan eBaki MARA Online
Mudahkan? Tak sampai 5 minit mendaftar, anda dah boleh terus buat semakan.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan peminjam MARA yang lain. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH