Permohonan Bantuan Peniaga Kecil Ipoh RM300 One-Off Online

Permohonan Bantuan Peniaga Kecil Ipoh RM300 One-Off Online

Permohonan Bantuan Peniaga Kecil.

Sukacita dimaklumkan kepada semua peniaga atau penjaja kecil berlesen di bawah Majlis Bandaraya Ipoh, anda kini boleh membuat permohonan bantuan one-off sebanyak RM300.

Inisiatif ini merupakan salah satu pakej di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pandemik Covid 19.

Thesumber kongsikan informasi ini di dalam artikel kami Permohonan Bantuan Peniaga Kecil Ipoh RM300 One-Off Online sebagai panduan buat peniaga-peniaga yang layak untuk memohon.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Isi Kandungan

Permohonan Bantuan Peniaga Kecil Ipoh RM300 One-Off Online

Untuk makluman anda, inisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban peniaga dan penjaja kecil pasar awam yang terjejas akibat penularan Covid-19 yang semakin meningkat di dalam negara.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengeruhkan lagi situasi dimana kebanyakan sektor ekonomi tertutup.

Apa syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan ini?

Bagaimana cara nak memohon secara atas talian?

Jom baca.

Permohonan Bantuan Peniaga Kecil Ipoh RM300 One-Off Online

SYARAT KELAYAKAN UMUM BANTUAN PENIAGA KECIL IPOH

Peniaga, penjaja kecil pasar awam yang layak adalah mereka yang:

  • Mempunyai lesen di bawah Majlis Bandaraya Ipoh

Semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI bermula  7 Ogos 2021 (Sabtu)  sehingga 30 September 2021.

Anda boleh membuat semakan kelayakan ini di LAMAN WEB RASMI MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

CARA PERMOHONAN BANTUAN PENIAGA KECIL IPOH ONLINE

NOTA:

Makluman untuk mereka yang memohon, sebarang permohonan secara walk-in ke MBI TIDAK AKAN DILAYAN. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian/online sahaja.

Read Also :  Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)

Berikut kami kongsikan langkah-langkah untuk memohon:

  1. Pengguna perlu mengisi borang online: BORANG PERMOHONAN BANTUAN ONE OFF PENJAJA KECIL
  2. Kemudian, masukkan nombor akaun lesen perniagaan anda dan klik ‘Semak’. Sekiranya, maklumat pelesen tidak dipaparkan, ini bermakna anda TIDAK LAYAK untuk memohon bantuan ini.
  3. Bagi mereka yang layak, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Kemudian, tandakan pada ‘Akuan Pengesahan Pemohon’
  5. Selepas itu, muat naik dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Kad Pengenalan Pemohon
    • Dokumen Buku Bank/Penyata Bank Pemohon
  6. Selesai semua langkah di atas, klik ‘Hantar’ dan permohonan anda akan diproses.

Soalan Lazim Permohonan Bantuan Peniaga Kecil Ipoh

Adakah pemohon boleh “walkin” atau datang ke pejabat MBI untuk menghantar permohonan?

  • Tidak, pemohon tidak di benarkan membuat permohonan melalui “walkin” atau datang ke pejabat MBI. Sebarang
    permohonan melalui kaedah ini TIDAK AKAN DILAYAN.

Adakah memuatnaik dokumen KP dan Penyata Bank/ Buku Bank adalah kemestian?

  • Ya, sekiranya pemohon gagal untuk memuatnaik dokumen KP dan Penyata Bank/ Buku Bank yang lengkap, betul, jelas, terkini, valid, aktif , bukan milik individu lain, bukan milik syarikat dan adalah milik pemegang lesen sendiri akan menyebabkan proeses kemasukan duit ke dalam bank anda menjadi rumit dan mengambil masa yang lama.

Adakah perlu memuatnaik Lesen Perniagaan?

  • Tidak perlu , hanya KP dan Buku bank / penyata Bank sahaja yang perlu di muatnaik.

Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan. Bantuan Peniaga Kecil, permohonan Bantuan Peniaga Kecil

TERIMA KASIH

Read Also :  Tempat Makan Di Batu Kurau