Cara Terminate Astro Melalui Email/Panggilan Telefon 2022

Cara Terminate Astro Melalui Email/Panggilan Telefon 2022

Cara Terminate Astro?

Bagaimana caranya untuk menamatkan langgan perkhidmatan Astro anda tanpa perlu ke kaunter?.. Cara Terminate Astro Melalui Email

Kini, pelbagai alternatif disediakan bagi memudahkan urusan langganan siaran Astro mahupun perkhidmatan ‘terminate’ atau batalkan langganan Astro anda.

Thesumber membawakan panduan khas di dalam artikel kami hari ini Cara Terminate Astro Melalui Email/Panggilan Telefon 2022 sebagai rujukan untuk memudahkan urusan anda.

Tunggu apa lagi?

Jom baca!

Cara Terminate Astro Melalui Email/Panggilan Telefon 2022

Anda sebagai pengguna mesti ada isu dengan langgan Astro yang dikatakan sering menayangkan program atau siaran yang sama secara berulang-ulang dan kurang siaran baru yang lebih menarik.

Akibatnya pengguna akan menjadi bosan dan ingin menukar servis langgan mereka seumpamanya seperti Netflix, NJOI dan sebagainya.

Persoalannya disini boleh ke anda nak batalkan langgan Astro ni?

Cara nak batalkan langganan Astro ni macam mana?

Apa syarat-syarat yang perlu dipatuhi? How To Terminate Astro Via Email

Sekiranya anda ingin terminate langgan Astro anda perlu:

  • Selesaikan semua bil yang terkumpul, pastikan tiada bil yang tertunggak
  • Sebaik-baiknya terminate Astro anda 10 hari sebelum tarikh bil. Contohnya, Bil Astro setiap bulan pada 25hb, tamatkan langganan anda pada 15hb

Cara Terminate Astro Melalui Email/Panggilan Telefon 2021

CARA TERMINATE ASTRO MELALUI EMAIL

Anda boleh batalkan langganan anda dengan hanya menghantar email permintaan untuk membatalkan langganan semasa Astro dengan cara berikut:

  • Subjek E-mail: Sesuai dengan tujuan anda menghantar email, contoh seperti di bawah
    • PEMBATALAN LANGGANAN ASTRO ATAU
    • PENAMATAN PERKHIDMATAN LANGGANAN ASTRO
  • Nyatakan tujuan anda menghantar e-mail:
    • Saya ‘NAMA ANDA’ ingin menyatakan permintaan kepada pihak Astro untuk membatalkan langganan Astro semasa saya. Berikut merupakan butiran lengkap saya untuk rujukan pihak Astro:
      • Nama pemilik akaun
      • Nombor kad pengenalan
      • Nombor akaun ASTRO
      • Alamat
      • No telefon
    • Kerjasama daripada pihak Astro amat kami hargai, diharapkan proses penamatan/pembatalan dapat dilakukan dengan segera. Terima kasih.
Read Also :  Cara Daftar eBelia IYRES Online 2020 (Skim Penjana)

CARA TERMINATE ASTRO MELALUI PANGGILAN TELEFON CUSTOMER SERVICE

Selain daripada menamatkan perkhidmatan Astro melalui email, anda juga boleh membuat panggilan terus ke bahagian Customer Service.

Mudah sahaja, anda hanya perlu:

  • Dail Nombor Customer Service: 03-9543-3838
  • Maklumkan pada Pegawai Operator Astro yang bertugas tentang permintaan anda untuk membatalkan perkhidmatan Astro.
  • Selesai membuat panggilan tersebut, ikuti langkah-langkah berikut:
    • Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
    • Semak baki bayaran bil ASTRO anda
    • Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya
    • Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
    • Jelaskan baki bil anda (jika ada)
  • Setelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
  • Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO untuk semakan semula status penamatan langganan

Kesimpulan Cara Terminate Astro

Banyak servis perkhidmatan seperti Astro kini memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih yang terbaik sesuai dengan situasi kewangan dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk pada FAQ: SOALAN LAZIM ASTRO

Semoga perkongsian kami ini memberikan panduan yang mudah untuk anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan. Cara Terminate Astro terminate astro

TERIMA KASIH

연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.