Semak Nombor Baucar BPR & Tarikh Bayaran Tunai BPR Fasa 2

Semak Nombor Baucar BPR & Tarikh Bayaran Tunai BPR Fasa 2

Semak Nombor Baucar BPR.

Penerima bantuan BPR yang tidak mempunyai akaun anda kini boleh semak nombor baucar BPR untuk mendapatkan bayaran tunai BPR Fasa 2 bermula pada 17 Mei 2021.

Makluman terkini dari LHDNM menyatakan penerima BPR yang terlibat boleh mengunjungi mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan BPR anda secara tunai di kaunter BSN.

Bagi penerima bantuan BPR yang mempunyai akaun, pembayaran bantuan telahpun dibaut secara berperingkat bermula 7 Mei 2021.

Semak nombor baucar BPR anda dengan artikel Thesumber hari ini Semak Nombor Baucar BPR & Tarikh Bayaran Tunai BPR Fasa 2 sebagai rujukan mereka yang terlibat.

Apa tunggu lagi?

Jom baca artikel kami!

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2021 mengumumkan pada pembentangan bajet 6 November lalu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Semak Nombor Baucar BPR & Tarikh Bayaran Tunai BPR Fasa 2

BPR memainkan peranan yang sama secara bersasar dan kaedah pembayaran sedia ada mengikut butiran yang telah dikemaskini oleh pemohon.

Semak Nombor Baucar BPR & Tarikh Bayaran Tunai BPR Fasa 2

TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 2

Tarikh pembayaran bantuan BPR untuk penerima yang mempunyai akaun dan tidak mempunyai akaun adalah seperti berikut:

  1. Tarikh bayaran BPR Fasa 2 bagi mereka yang mempunyai akaun bank adalah bermula 7 Mei yang lalu secara berperingkat.
  2. Mereka yang tiada akaun bank boleh mula hadir ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk pembayaran BPR Fasa 2.
Read Also :  Semakan Bayaran BPR Fasa 2: Tarikh Bayaran 7 Mei 2021

CARA SEMAK NOMBOR BAUCAR BPR FASA 2

Rujuk langkah-langkah yang kami sediakan di bawah untuk menyemak nombor baucar BPR anda:

LANGKAH 1:

  • Pemohon perlu melayari LAMAN WEB RASMI BANTAUN PRIHATIN RAKYAT (BPR) untuk membuat semakan.

LANGKAH 2:

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ‘Semak’
  • Log masuk dengan mengisi kata laluan dan klik pada ‘Log Masuk’
  • Klik lagi pada bahagian ‘semakan status’

LANGKAH 3:

  • Maklumat penerima akan dipaparkan.
  • Maklumat nombor baucar BPR Fasa 2 penerima juga dipaparkan pada bahagian tersebut.
  • Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan wang tunai BPR perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan diri.
  • Hanya wakil yang ditetapkan sahaja yang layak mewakili penerima yang tidak hadir untuk mendapatkan bayaran tunai mereka.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN BPR FASA 2

Anda sudah boleh mula membuat semakan bantuan BPR Fasa 2 ini bermula 7 Mei yang lalu:

  1. Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI BPR HASIL
  2. Log masuk menggunakan kata laluan dan id yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada ‘Semak Status’ dan anda akan dipaparkan dengan status permohonan dan bayaran bantuan BPR.

JENIS STATUS PEMBAYARAN BPR

Untuk makluman anda, terdapat dua jenis status pembayaran bantuan BPR iaitu:

STATUS PEMBAYARAN BERJAYA DIKREDITKAN

  • Berjaya kredit bermaksud wang Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) anda berjaya dibayar ke akaun bank anda yang diambil daripada data Bantuan Sara Hidup(BSH) atau data pembayar cukai LHDNM

STATUS PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Gagal kredit bermaksud wang Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) anda tidak berjaya dibayar ke akaun bank anda kerana sebab-sebab berikut :

  • akaun tidak aktif, nombor akaun daripada data yang diambil daripada data Bantuan Sara Hidup atau data pembayar cukai LHDN salah.
  • tiada langsung maklumat akaun.
Read Also :  Permohonan & Semakan Online Rayuan BSH 2020

Kesimpulan Semak Nombor Baucar BPR & Tarikh Bayaran Tunai BPR Fasa 2

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persiapan segala dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan BRP 2021 ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

TERIMA KASIH