Semakan Bayaran BPR Fasa 2.
Anda dah buat semakan bayaran BPR fasa 2? Belum lagi?
Tak tahu macam mana nak buat semakan?
Jangan risau, artikel Thesumber hari ini Semakan Bayaran BPR Fasa 2: Tarikh Bayaran Bermula Mei 2021 adalah sebagai panduan untuk anda membuat semakan BPR Fasa 2 dengan mudah dan juga pemakluman tarikh bayaran.
Inginkan maklumat lebih lanjut?
Teruskan baca artikel kami!
Isi Kandungan
Semakan Bayaran BPR Fasa 2: Tarikh Bayaran 7 Mei 2021
CARA SEMAK BAYARAN BPR FASA 2
Berikut adalah cara-cara untuk anda membuat semakan status bayaran BPR Fasa 2:
- Layari: PORTAL RASMI BPR HASIL
- Pemohon perlu login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk membuat semakan
- Klik pada bahagian ‘Semak Status’
- Status bayaran atau permohonan anda akan dipaparkan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN BPR FASA 2 2021
Untuk makluman anda, bayaran bantuan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) untuk permohonan yang lulus akan dibayar melalui 2 fasa iaitu fasa 1 bermula pada penghujung Febuari 2021 manakala fasa 2 pada Mei 2021 dan akan dibayar secara berperingkat.
TERKINI
Pembayaran bantuan BPR Fasa 2 akan mula dibayar pada 7 Mei 2021 (Jumaat) ini berdasarkan sumber yang diambil di portal rasmi BPR.
KAEDAH BAYARAN BPR FASA 2
- Kaedah bayaran BPR Fasa 2 akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan.
- Pembayaran tunai pula akan dilakukan melalui kaunter BSN mengikut tarikh yang akan diberitahu secara rasmi.
JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN
Isi rumah berpendapatan <RM2,500:
- 1 orang anak RM1,200
- 2 orang anak atau lebih RM1,800
Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000:
- 1 orang anak RM800
- 2 orang anak atau lebih RM1,200
Bujang berpendapatan <RM2,500
- 21 tahun ke atas RM350
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BPR
KATEGORI ISI RUMAH
PEMOHON
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Lelaki/Wanita yang bekerja di Malaysia menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5000 ke bawah
PASANGAN
- Warganegara Malaysia (MyKad/MyPR/MyKAS)
- Bukan warganegara Malaysia (selain daripada MyPR/MyKAS)
ANAK
- Berstatus ‘anak kandung’ atau ‘anak angkat’ yang berdaftar dengan BPN sahaja.
- Warganegara Malaysia (MyKid/MyKad)
- Tidak bekerja atau tiada pendapatan bagi yang berumur:
- 17 tahun ke bawah;
- 18 tahun ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa
KATEGORI BUJANG
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar RM2,500 sebulan bagi yang berumur 21 tahun – 59 tahun
- Golongan OKU 18 tahun – 59 tahun
PERMOHONAN BARU BPR 2021 ONLINE
Sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat kelayakan di atas, anda boleh terus membuat permohonan seperti di bawah:
- Permohonan telah pun dibuka pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021
- Anda boleh mula membuat permohonan dengan melayari laman web rasmi untuk mendapatkan BORANG PERMOHONAN BPR 2021
Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Prihatin Rakyat
Adakah perlu membuat permohonan baharu?
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar BPR?
Pemohon perlu membuat PENDAFTARAN Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Apakah nama portal untuk daftar BPR?
https://bpr.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut Semakan Bayaran BPR Fasa 2
Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi dan layari semua talian di bawah:
- Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
Kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama memudahkan urusan mereka yang layak dan memerlukan bantuan ini.
Pastikan anda sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.
TERIMA KASIH