Permohonan Program Jaringan Prihatin 2021 Secara Online

Permohonan Program Jaringan Prihatin 2021 Secara Online

Permohonan Program Jaringan Prihatin.

Program Jaringan Prihatin merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menerusi Belanjawan 2021. Dengan peruntukan asal sebanyak RM1.5 billion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Terkini tambahan sehingga RM3.5 billion peruntukan untuk meluaskan lagi kuota bantuan untuk golongan B40.

Tapi, masih ada yang keliru apa sebenarnya Program Jaringan Prihatin ni?

Macam mana nak dapatkan bantuan peranti sebanyak RM300 tu?

Kami di Thesumber menjawab semua persoalan anda dengan artikel kami hari ini Permohonan Program Jaringan Prihatin 2021 Secara Online.

Semua informasi yang anda perlukan kami sediakan disini.

Jom baca!

Isi Kandungan

Apa Itu Program Jaringan Prihatin 2021?

Untuk makluman anda, Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Mcalls
  • redONE
  • speakOUT
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • YES dan Yoodo

Anggaran 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Semua rakyat Malaysia yang LAYAK MENERIMA Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) LAYAK MENYERTAI program Jaringan Prihatin.

BANTUAN PELAN DATA DAN PAKEJ PERANTI YANG DITAWARKAN

Mereka yang berkelayakan boleh melanggan pakej peranti dan mendapatkan bantuan pakej peranti yang terlibat di dalam program ini.

Read Also :  Permohonan Rayuan BPR 2021 & Tarikh Bayaran Bermula Ogos

Untuk makluman anda, pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.

2 jenis subsidi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Subsidi pelan data bulanan
  • Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih

KATEGORI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN SUBSIDI PROGRAM JARINGAN

Penerima BPR yang berkahwin atau ibu/bapa tunggal DAN mempunyai anak 18 tahun ke bawah:

  • Bantuan Pakej Peranti RM300
  • Bantuan Pakej Pelan Data RM180/setahun

Penerima BPR yang bujang atau berkahwin dan tidak mempunyai anak di bawah 18 tahun:

  • Bantuan Pakej Peranti RM180
  • Bantuan Pakej Pelan Data RM180/setahun

CARA PERMOHONAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 2021 ONLINE

  1. Permohonan boleh dibuat melalui syarikat telekomunikasi yang terlibat di laman web rasmi mereka (seperti yang tersenarai di bawah)
  2. Daftar sebagai pengguna di laman web syarikat komunikasi yang mengambil bahagian.
  3. Anda boleh memilih untuk mendapatkan bantuan pakej peranti ataupun pakej pelan data.

Siap, semudah ABC! Apa tunggu lagi? Daftar sekarang untuk nikmati bantuan pakej peranti dan pelan data dari syarikat komunikasi pilihan anda!

SENARAI PENDAFTARAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Anda boleh klik di bawah untuk membuat pendaftaran:

Permohonan Program Jaringan Prihatin 2021 Secara Online

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda mendapatkan bantuan pakej peranti dan pelan data daripada Program Jaringan Prihatin ini dengan mudah.

Internet dan gadjet masa kini merupakan sumber penting untuk kita mendapatkan maklumat, berniaga, bekerja, belajar dan banyak lagi. Bantuan seperti ini pastinya dapat membantu melancarkan urusan harian anda.

Read Also :  Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Dorman (Tak Aktif Lebih 7 Tahun)

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH