PUSPAKOM Pemeriksaan Kenderaan Percuma.
Puspakom Sdn Bhd menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) percuma untuk kenderaan persendirian sempena Aidilfitri di seluruh negara.
Anjuran kempen ini adalah untuk memastikan anda memandu kenderaan yang berada dalam keadaan terbaik dan menjamin keselamatan anda di jalan raya.
Anda berminat?
Artikel Thesumber hari ini PUSPAKOM Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sehingga 12 Mei kami sediakan sebagai rujukan dimana semua informasi yang anda cari ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
PUSPAKOM Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sehingga 12 Mei
Bagi mereka yang masih tak tahu apa itu PUSPAKOM jom kita sama-sama teliti informasi di bawah:
PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.
Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.
LOKASI PEMERIKSAAN KENDERAAN PERCUMA PUSPAKOM
Anda boleh membawa kenderaan anda untuk pemeriksaan di mana-mana cawangan PUSPAKOM yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia kecuali cawangan Shah Alam dan Pasir Gudang bermula dari 8 pagi hingga 5 petang.
Untuk makluman anda juga, selain daripada pemeriksaan yang dilakukan di cawangan-cawangan PUSPAKOM, terdapat juga pemeriksaan bergerak daripada jam 9 pagi hingga 4 petang yang boleh didapati di:
- Wisma DRB-HICOM, Shah Alam: 3 Mei 2021
- Perkarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur: 8 Mei 2021
NOTA:
Rujuk SENARAI CAWANGAN PUSPAKOM MALAYSIA untuk melancarkan perjalanan anda.
LANGKAH-LANGKAH BUAT TEMUJANJI PEMERIKSAAN KENDERAAN PERCUMA PUSPAKOM
Berikut adalah langkah-langkah untuk anda buat temujani PUSPAKOM:
LANGKAH 1:
- Pengguna perlu layari LAMAN WEB MyPUSPAKOM untuk mendaftar bagi pengguna baharu. Klik pada bahagian ‘Register Now’
LANGKAH 2:
- Isi semua butiran yang diminta dengan lengkap dan cipta kata laluan baharu.
LANGKAH 3:
- Log Masuk menggunakan alamat email dan kata laluan yang didaftar tadi.
- Anda boleh buat daftar temu janji online di cawangan PUSPAKOM yang berdekatan berserta tarikh yang dipilih untuk pemeriksaan kenderaan.
BAHAGIAN ITEM KENDERAAN YANG DIPERIKSA
Antara 25 item kenderaan yang akan diperiksa sewaktu pemeriksaan percuma ini adalah seperti berikut:
- Ujian brek
- Gelincir sisi
- Tayar
- Suspensi
- Asap
- Lampu
- Cermin Gelap
- Bahagian Atas dan bawah
Maklumat Lanjut PUSPAKOM Pemeriksaan Kenderaan Percuma
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pemeriksaan ini anda boleh terus hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000.
Kongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain agar anda semua dapat menikmati pemanduan yang lebih selamat dan lancar selepas membuat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.
TERIMA KASIH