Program Jumper PUNB 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

Program Jumper PUNB 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

Program Jumper PUNB 2021.

Syarikat-syarikat tempatan yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi mentor atau pembimbing bagi Program Jumper PUNB kini dipelawa oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad PUNB untuk sama-sama menjayakan program ini.

Banyak kelebihan yang bakal diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menyertai Program Jumper PUNB 2021.

Anda berminat?

Inginkan maklumat yang lebih lanjut?

Kami di Thesumber membawakan anda artikel khas Program Jumper PUNB 2021: Permohonan Online & Syarat Kelayakan sebagai rujukan khas buat mereka yang berminat.

Kami sediakan semua maklumat yang anda cari mengenai program ini.

Jom baca!

Isi Kandungan

Apa Itu Program Jumper PUNB 2021?

Program JUMPER PUNB adalah program yang diwujudkan khas disediakan sebagai platform latihan dan bimbingan kepada usahawan muda dalam bidang perniagaan.

Justeru itu, pihak PUNB sedang mencari calon yang sesuai untuk menjadi mentor bagi melaksanakan program ini dan keutamaan diberi pada syarikat bumiputera yang berminat.

KELEBIHAN MENJADI MENTOR

Kelebihan-kelebihan yang akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang menjadi mentor Program Jumper PUNB adalah seperti berikut:

  1. Berpeluang mengembangkan perniagaan sedia ada melalui perniagaan berkonsep.
  2. Berpeluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan perniagaan di bawah PUNB.
  3. Menjadi rakan strategik melalui pelbagai program jaringan perniagaan PUNB.
  4. Mendapat bimbingan dan latihan keusahawan daripada PUNB.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan untuk menjadi mentor JUMPER PUNB ini telah dibuka secara online sehingga 30 Jun 2021.

Program Jumper PUNB 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

Program Jumper PUNB 2021: Permohonan Online & Syarat Kelayakan

Kami sertakan informasi tambahan sebagai panduan untuk syaikat-syarikat yang ingin membuat permohonan:

Read Also :  Pengaktifan i-Akaun KWSP Online 2020

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  2. Perniagaan dimiliki dan diterajui oleh bumiputera dengan pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 70%.
  3. Bersedia menerima dan melatih graduan bumiputera tentang selok belok dunia perniagaan.
  4. Perniagaan telah beroperasi minima 3 tahun dengan rekod perniagaan yang lengkap.
  5. Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan sedia ada atau perniagaan ke arah berkonsep.
  6. Mempunyai modul pembelajaran yang praktikal dan efektif kepada JUMPER PUNB.
  7. Mestilah komited dan sanggup mengikuti program atau latihan yang disediakan oleh PUNB.
  8. Syarikat mempunyai portfolio kepakaran atau kemahiran dalam bidang tertentu dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada JUMPER PUNB.
  9. Syarikat pernah menyertai mana-mana program keusahawanan kendalian dari lain-lain agensi.
  10. Syarikat tersebut merupakan mentor dalam industri runcit, pengedaran dan pembuatan/PKS.

CARA MEMOHON PROGRAM JUMPER PUNB 2021

Syarikat-syarikat yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1:

Pemohon perlu mengisi borang permohonan online terlebih dahulu: BORANG PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2021

LANGKAH 2:

Pemohon dikehendaki mengisi semua butiran yang dengan lengkap dan betul kemudian klik ‘Next’

Selepasa itu, anda perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan (seperti senarai di bawah).

Dokumen tersebut perlu dimuat naik dalam format PDF/ DOC/ DOCX/PNG/ JPG/ JPEG/ GIF dan saiz tidak melebihi 16 MB.

LANGKAH 3:

Selesai semua proses permohonan dan muat naik dokumen, klik ‘Submit’ untuk hantar.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

  • Rancangan Modul/Kaedah Latihan (relevan dengan situasi semasa pandemik Covid-19).
  • Profil Syarikat.
  • Laporan Pengurusan Akaun Syarikat/Penyata Kewangan. Beraudit pada tahun 2020 (jika ada).
  • Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini.
  • Cadangan Konsep Niaga (jika ada).
Read Also :  Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2021: Permohonan Online

Maklumat Lanjut Program Jumper PUNB 2021

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Jumper PUNB 2021 ini anda boleh terus hubungi pihak urusetia yang berikut:

  1. Encik Amirul: 03 – 2785 1417
  2. Puan Raha: 03-2785 1413
  3. Cik Aina: 03-2785 1908

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Ai in everyday life : exploring the applications of artificial intelligence.