Bantuan Rumah Zakat Kedah: Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Rumah Zakat Kedah: Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Rumah Zakat Kedah.

Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah dibuka untuk tahun 2021 istimewa kerjasama antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk individu yang layak di bawah Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat.

Rakyat Kedah yang diberikan keutamaan untuk menerima skim ini adalah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1200 hingga RM1500.

Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh terus membuat permohonan yang telah dibuka pada 3 Mei 2021 sehingga 3 Julai 2021.

Mana nak dapatkan borang permohonan?

Apa syarat-syarat kelayakan untuk bantuan ini?

Jom baca artikel Jutawan Online hari ini Bantuan Rumah Zakat Kedah: Borang Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai rujukan untuk memudahkan proses permohonan anda.

Apa Itu Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah?

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia memperkenalkan Skim Pembiayaan Rumah Asnaf Bergaji bagi membantu golongan itu memiliki kediaman sendiri, walaupun mereka berpendapatan rendah dan tidak layak mendapat pinjaman bank.

LZNK akan menanggung separuh daripada kos keseluruhan pembinaan rumah manakala Bank Islam akan memberi pinjaman sebanyak RM22,500 kepada pemohon yang layak menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM45,000 maksimum.

Kadar pembayaran semula yang ditawarkan kepada golongan asnaf yang layak hanya RM280/sebulan.

Bantuan Rumah Zakat Kedah: Borang Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Rumah Zakat Kedah: Borang Permohonan & Syarat Kelayakan

Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan, panduan proses permohonan buat mereka yang berminat:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah individu yang beragama Islam.
  2. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun.
  3. Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada RM1,200 dan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai Slip Gaji (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000).
  4. Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah.
  5. Pemohon berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.
  6. Pemohon bukan penghutang penghakiman atau muflis.
  7. Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah.
  8. Pemohon melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB.
Read Also :  Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2021

CARA PERMOHONAN BANTUAN RUMAH ZAKAT KEDAH

Golongan asnaf yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

LANGKAH 1:

LANGKAH 2:

  • Klik pada ‘Muat Turun’ dan klik lagi ‘Skim Bantuan Rumah Zakat Kedah & Bank Islam’ untuk muat turun borang permohonan dan isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  • Pastikan anda mengisi borang permohonan dengan HURUF BESAR.

LANGKAH 3:

  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu disertakan dengan dokumen sokongan (dalam senarai di bawah) dan diserahkan kepada Penolong Amil atau Pejabat Zakat Daerah yang terdekat.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen-dokumen sokongan dibawah perlu dilampirkan sekali dengan borang permohonan yang telah lengkap diisi:

  • Salinan MyKad pemohon (Depan & Belakang).
  • Salinan MyKad/surat lahir bagi semua tanggungan/surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
  • Salinan sijil perkahwinan, surat cerai/sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  • Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan).
  • Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan).
  • Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah.
  • Salinan Geran Tanah.
  • Gambar Rumah Pemohon.

Maklumat Lanjut Bantuan Rumah Zakat Kedah

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di talian 04-733 1740.

7 reasons to add podcasting to your business marketing mix. 연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.