Permohonan & Semakan Program Dermasiswa B40 Online 2020 [Tajaan JPA]

Permohonan & Semakan Program Dermasiswa B40.

Perhatian buat calon-calon SPM yang kini sedang berada mengikuti pengajian di peringkat diploma anda kini boleh membuat permohonan biasiswa tajaan JPA!

Thesumber hari ini dengan artikel Permohonan Program Dermasiswa B40 Online 2020 [Tajaan JPA] sebagai rujukan buat mereka yang berminat.

Jom baca!

Program Dermasiswa B40: Tajaan JPA Untuk Pengajian Diploma

Program Dermasiswa B40 mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan sijil profesional daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Program ini memberikan tajaan biasiswa kepada pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, dan Institut Kemahiran Awam.

Tujuan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Permohonan & Semakan Program Dermasiswa B40 Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat harus menepati syarat-syarat umum dan syarat-syarat khas dibawah sebelum membuat permohonan:

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mempunyai rekod kesihatan yang baik
  • Calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 buat kali pertama.
  • Umur calon belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
  • Ibu dan / atau bapa calon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Pendapatan perkapita keluarga pemohon adalah dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.
BACA JUGA :  Borang Permit Rentas Negeri PKPB Online

SYARAT-SYARAT KHAS PERMOHONAN

Universiti Awam/Politeknik yang dikenalpasti:

  • Calon perlu menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan,
  • Calon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut

Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

  • Calon perlu menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan,
  • Calon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Beberapa makluman buat calon. berikut adalah senarai bidang-bidang pengajian yang terkecuali daripada penajaan ini:

  1. Pendidikan
  2. Kejururawatan
  3. Sijil Profesional untuk perlesenan seperyi lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
  4. Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40

Calon yang menepati semua syarat-syarat umum dan khas di atas, anda kini boleh teruskan dengan membuat permohonan seperti berikut:

  1. Pemohonan perlu dibuat secara online di pautan berikut: PROGRAM DERMASISWA B40
  2. Calon diminta untuk melengkapkan maklumat yang diminta dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

NOTA:

Keputusan permohonan ini dijangka akan diumumkan pada bulan Oktober 2020.

BACA JUGA :  Permohonan Minhah Covid19 RM200 Bantuan Tambahan Khas

Calon boleh membuat semakan melalui laman sesawang eSILA iaitu http://esilav2.jpa.gov.my

TEMPOH PERMOHONAN

  • Permohonan dibuka: 13 Julai 2020 (Isnin)
  • Permohonan ditutup: 19 Julai 2020 (Ahad, Jam 4.30 petang)

Maklumat Lanjut Permohonan & Semakan Program Dermasiswa B40 Online

Jika pemohon mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi:

Permohonan & Semakan Program Dermasiswa B40

Kesimpulan Permohonan & Semakan Program Dermasiswa B40 Online

Pemberitahuan berharap artikel kami hari ini dapat membantu pelajar-pelajar pengajian diploma yang layak untuk mendapatkan tajaan biasiswa JPA. Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH