Permohonan & Semakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Online

Permohonan & Semakan Bantuan Ibu Bersalin.

Berita baik buat rakyat negeri Sarawak! Tahukah anda bahawa kerajaan negeri Sarawak menyediakan insentif khas sebanyak RM450 buat ibu-ibu yang baru bersalin?

Artikel kami hari ini Permohonan & Semakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Online merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan untuk membuat permohonan ini.

Jom teruskan membaca!

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah untuk penjagaan berpantang selepas bersalin.

YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

TEMPOH PERMOHONAN

Bantuan Ibu Bersalin ini telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2020.

Berikut merupakan tempoh untuk ibu-ibu mengandung membuat permohonan ini:

  • Ibu-ibu mengandung yang mencapai usia kandungan 22 minggu sudah boleh memohon BIB (ini untuk mempercepatkan pemberian bantuan sekali gus berjumlah RM450 bagi setiap ibu)
  • Bagi ibu-ibu yang sudah bersalin, tempoh terakhir membuat permohonan untuk insentif ini ialah tiga bulan selepas melahirkan anak. Ini tempoh paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk masa tiga bulan bukan sepanjang tahun.

NOTA:

BIB juga dipohon oleh anak Sarawak yang berada di luar negeri ini seperti di Semenanjung Malaysia,Sabah, Wilayah Persekutuan

BACA JUGA :  Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN Online 2020

Permohonan & Semakan Bantuan Ibu Bersalin

Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan, cara permohonan dan maklumat lanjut yang anda perlukan mengenai permohonan ini:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BIB

Bantuan ini tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak;
  4. Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Berikut merupakan dua cara yang boleh anda gunakan untuk membuat permohonan BIB ini:

PERMOHONAN ONLINE

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian ataupun online melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN IBU BERSALIN

  • Anda perlu mengisi alamat email anda dan tekan butang ‘Next’ untuk mengisi maklumat selanjutnya.
  • Permohonan & Semakan Bantuan Ibu Bersalin

PERMOHONAN MANUAL

Anda boleh dapatkan borang permohonan secara manual ini melalui cara berikut:

Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Anda juga perlu mengambil perhatian terhadap beberapa maklumat tambahan:

  1. Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020;
  2. Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
  3. Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual;
  4. Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, pihak KWKPK mempunyai hak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.
BACA JUGA :  Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA Online RM100/Sehari

Maklumat Lanjut Permohonan & Semakan Bantuan Ibu Bersalin

  • Alamat Surat-Menyurat:

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak

Kesimpulan Permohonan & Semakan Bantuan Ibu Bersalin

Semoga artikel ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan khususnya rakyat negeri Sarawak untuk memastikan kelansungan hidup semasa negara dilanda wabak Covid-19 ini

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!