Pendaftaran Program Anak Genius Negara.
Permohonan kini telah pun dibuka buat ibu bapa yang ingin mneghantar anak-anak mereka ke Pusat Genius Negara KPM!
Bagaimana caranya untuk buat permohonan?
Artikel Pemberitahuan kali ini Pendaftaran Program Anak Genius Negara KPM 2020 memberikan anda segala maklumat yang diperlukan berkaitan program ini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Program Anak Genius Negara
Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Program ini memberikan peluang kepada kanak-kanak 4 tahun ke bawah untuk bermain sambil meneroka bidnag-bidang kegemaran mereka.
Perkembangan menyeluruh kanak-kanak juga dibentuk dengan menggalakkan mereka mengguna kelima-lima deria mereka dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.
Terdapat 7 program di bawah Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.
KEISTIMEWAAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA
Berikut merupakan keistimewaan Program GENIUS Negara:
- Merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
- Progam ini menggunakan kokurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.
- Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
- Program ini menggunakan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting, and Experiencing).
Pendaftaran Program Anak Genius Negara
Berikut kami kongsikan maklumat yang anda perlukan untuk permohonan program ini:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Ibu bapa yang berminat untuk mendaftar anak mereka ke program ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:
- Anak anda perlu berstatus warganegara Malaysia
- Berumur 4 tahun ke bawah
- Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.
PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA
Sekiranya anda menepati syarat-syarat kelayakan di atas, berikut merupakan panduan permohonan program ini:
- Anda perlu layari laman web rasmi di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/
- Klik pada ‘Permohonan Untuk Menyertai Program GENIUS Negara Di Pusat Anak GENIUS Negara Seluruh Malaysia’
- Anda dikehendaki untuk memuat turun 3 dokumen utama untuk permohonan ini:
– Borang Permohonan Anak GENIUS Negara
– Senarai Semak Pengambilan Baharu
– Senarai PAGN - Anda perlu mengisi dan lengkapkan borang tersebut.
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke PAGN yang terdekat.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu anda sertakan dalam permohonan anda:
- Salinan surat beranak
- Salinan MyKid anak
- Salinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
- Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
- Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 30 SEPTEMBER 2020
NOTA:
Untuk makluman, pengesahan salinan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua Kampung & Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sahaja.
SENARAI LOKASI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA DI MALAYSIA
Setakat tahun 2020 ini, terdapat 89 buah Pusat Anak Genius Negara yang dikendalikan di setiap negeri seluruh Malaysia.
Pautan berikut merupakan senarai kepada lokasi pusat genius ini:
SENARAI LOKASI PUSAT ANAK GENIUS MALAYSIA
Maklumat Lanjut Pendaftaran Program Anak Genius Negara
Ibu bapa yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi:
- Bahagian GENIUS, KPM di talian 03-8880 5151 atau
- Layari laman web KPM di alamat https://www.moe.gov.my/
Kesimpulan
Semoga artikel ini dapat memudahkan urusan ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak mereka ke dalam program ini. Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH