Cara Memohon Pembiayaan Selangor Advance.
Anda merupakan golongan PKS Selangor yang terjejas akibat penularan Covid-19 di Malaysia?
Berita baik untuk anda! Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif pembiayaan Selangor Advance bagi membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Selangor yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Bagaimana?
Artikel Pemberitahuan hari ini Cara Memohon Pembiayaan Selangor Advance PKS 2020 Online ada semua jawapan untuk persoalan anda.
Jom baca.
Isi Kandungan
Cara Memohon Pembiayaan Selangor Advance PKS 2020 Online
Untuk pengetahuan anda, Pembiayaan Selangor Advance ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin pada 1 April yang lalu.
Inisiatif ini telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM100 juta bagi membantu para kontraktor dan penyedia perkhidmatan yang terlibat.
Melalui Pembiayaan Selangor Advance ini, kerajaan negeri akan membantu PKS khususnya golongan kontraktor dan penyedia perkhidmatan melalui inisiatif pembiayaan tunai dalam menghadapi cabaran ekonomi pasca COVID-19.
Inisiatif ini pastinya dapat membantu pemilik perniagaan memiliki dana yang mencukupi bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan mereka dapat terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.
Berikut kami kongsikan ciri-ciri menarik Pembiayaan Selangor Advance, langkah-langkah permohonan dan beberapa maklumat penting:
CIRI-CIRI MENARIK PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANCE
- Pembiayaan berdasarkan sistem Tawarruq (satu bentuk jual beli yang melibatkan pembelian sesuatu barangan secara tangguh daripada satu pihak untuk dijual kepada pihak ketiga dengan harga tunai bagi mendapatkan wang tunai) yang patuh syariah.
- Selangor Advance akan membiayai invoice sektor kerajaan.
- Kelulusan adalah segera dan tiada cagaran akan dikenakan kepada pemohon.
- Caj serendah hanya 1% dari nilai invoice.
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANCE
Berikut kami kongsikan langkah mudah untuk membuat permohonan pembiayaan ini:
- Anda perlu layari laman web rasmi di pautan yang kami sediakan: Selangor Advance
- Klik pada ‘mohon’
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik mohon sekarang.
- Pemohon akan diminta untuk memberikan beberapa dokumen diperlukan seperti:
– Salinan kad pengenalan
– 6 bulan penyata bank terkini - Pemohon akan dimaklumkan status kelayakan dan kelulusan permohonan dalam masa 3 hari setelah borang diisikan dengan lengkap.
Maklumat Lanjut Cara Memohon Pembiayaan Selangor Advance
Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi pegawai bertugas di:
- Aplikasi Whatsapp: 0182828502/0182828227
- Email: [email protected]
- Laman Web: Selangor Advance
SOALAN-SOALAN LAZIM
Adakah kemudahan ini wajib untuk kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor?
Tidak, kontraktor atau penyedia perkhidmatan mempunyai pilihan samaada perlukan kemudahan ini atau tidak.
Adakah syarikat saya perlu patuh shariah untuk mengambil bahagian dalam program Selangor Advance?
Tidak. Syarikat keseluruhannya tidak semestinya perlu patuh shariah, namun invois untuk bekalan atau perkhidmatan yang disediakan harus patuh shariah.
Adakah kemudahan ini terbuka kepada syarikat berstatus Bumiputera sahaja?
Tidak. Kemudahan ini terbuka untuk syarikat kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor sahaja tanpa mengira status Bumiputera.
Adakah kedudukan kewangan syarikat akan mempengaruhi permohonan?
Permohonan akan dinilai secara menyeluruh. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada kontraktor yang mempunyai rekod prestasi yang kukuh/prestasi kerja yang baik/menjalankan kerja/perkhidmatan dalam dalam tempoh jangka panjang dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor buat masa ini.
Adakah kriteria yang dikenakan pada nilai invois?
Nilai invois yang diterima buat masa ini adalah sekurang-kurangnya RM10,000 setiap invois untuk layak menggunakan kemudahan ini.
Adakah pemohon memerlukan cagaran?
Tidak. Kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang telah diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program ini boleh memohon untuk pembayaran awal atas nilai invois pada bila-bila masa sepertimana yang perlu.
Apakah nilai invois yang boleh dibayar awal?
Pemohon boleh memohon sehingga 70% nilai invois untuk pembayaran awal.
Bilakah saya boleh mendapat bayaran setelah permohonan pembayaran awal diterima?
Pemohon boleh menerima bayaran awal dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam setelah dokumen sokongan yang dimuatnaik adalah lengkap.
Kesimpulan Cara Memohon Pembiayaan Selangor Advance
Semoga artikel kami dapat memudahkan urusan pengusaha PKS di Selangor yang memerlukan pembiaayan ini. Konsgikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang memerlukan.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH