Permohonan Insentif Petani Muda Negeri Sembilan RM10,000

Permohonan Insentif Petani Muda Negeri Sembilan RM10,000

Permohonan Insentif Petani Muda.

Anda merupakan seorang petani muda di Negeri Sembilan?

Anda menghadapi situasi kekurangan modal untuk meneruskan projek pertanian anda?

Anda berada di tempat yang betul!

Thesumber dengan artikel kami hari ini Permohonan Insentif Petani Muda Negeri Sembilan RM10,000 kami sediakan khas buat petani-petani mudah di Negeri Sembilan untuk mendapatkan bantuan modal kewangan sehingga RM10,000!

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Insentif Petani Muda Negeri Sembilan?

Untuk makluman anda., Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah melaksanakan Insentif Petani Muda untuk menggalakkan golongan belia di bawah 40 tahun menceburi bidang pertanian.

Insentif ini mampu memberikan bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap projek.

Insentif ini juga diharap mampu mengubah persepsi belia terhadap sektor pertanian yang mana merupakan sebahagian daripada industri yang mampu menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan.

BENTUK BANTUAN INSENTIF PETANI MUDA NEGERI SEMBILAN

Berikut adalah bentuk bantuan atau insentif yang akan diberikan:

  • Input pertanian
  • Infrastruktur ladang (contoh: perparitan, sistem pertanian, atau jalan ladang)
  • Latihan dan khidmat nasihat

NOTA:

Permohonan Insentif Petani Muda ini telah dibuka dan tawaran ini terhad kepada 50 BELIA TERAWAL SAHAJA.

Permohonan Insentif Petani Muda Negeri Sembilan RM10,000

Berikut kami kongsikan syarat permohonan, cara permohonan dengan mudah buat rujukan anda:

SYARAT PERMOHONAN INSENTIF PETANI MUDA

Belia yang berminat untuk membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia berumur 40 tahun dan ke bawah.
  • Merupakan anak Negeri Sembilan atau menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Skop pembiayaan meliputi kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan input pertanian.
  • Mempunyai kemudahan tanah sama ada milik sendiri atau sewa.
  • Keluasan tanah adalah sekurang-kurangnya 0.4 hektar bagi konvensional, 1500 polibeg bagi fertigasi, 3000 bongkah cendawan, atau 20 haif lebah atau kelulut dan telah memulakan projek pertanian.
BACA JUGA :  Permohonan Online Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2020

CARA PERMOHONAN INSENTIF PETANI MUDA

  1. Pemohon perlu layari laman web: PERMOHONAN INSENTIF PETANI MUDA
  2. Kemudian klik pada ‘Muat Turun Borang’
  3. Klik pula pada bahagian ‘Petani Muda’ dan muat turun borang permohonan.
  4. Isi borang permohonan dengan teliti dan lengkap.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan (seperti senarai di bawah) ke Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran atau ke alamat yang berikut:

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan,Tingkat 3, Blok D, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek,70503 Seremban,Negeri Sembilan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama-sama borang permohonan:

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan Lesen/Permit/Pendaftaran perniagaan yang sah (jika perlu)
  3. Salinan Hak Milik Tanah/Kebenaran Penggunaan Tapak (jika berkenaan)
  4. Salinan Perjanjian Sewa/Surat Kebenaran Penggunaan Tanah (Surat perjanjian/Kebenaran perlu disahkan)

Maklumat Lanjut Permohonan Insentif Petani Muda

Sebarang kekeliruan atapun pertanyaan mengenai insentif ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di talian/saluran berikut:

Permohonan Insentif Petani Muda

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda khusunya golongan petani belia Negeri Sembilan untuk membantu menyemarakkan industri pertanian dengan semangat anak muda.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com