Install Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50.
Bagaimana?
Apa kena mengena dengan aplikasi MySejahtera ni?
Haaa sabar-sabar bawa bertenang semua, anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan penjelasan.
Kami di Thesumber bawakan anda artikel Install Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50 sebagai panduan lengkap untuk setiap persoalan anda di atas. Jom baca!
Isi Kandungan
Program ePenjana: Install Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50
Berikut kami sertakan ucapan Perdana Menteri pada perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), 5 Jun 2020 yang berkaitan dengan ewallet:
Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.
Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.
TERKINI!
Berdasarkan Sidang Media Majlis Keselamatan Negara, oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan mengenai pemberian atau kredit e-dompet (e-wallet) berjumlah RM50 akan dibuat setelah memuat turun atau download aplikasi MySejahtera.
Anda perlu memuat turun aplikasi ini untuk mendapatkan RM50 ke dalam eWallet anda.
Mudah sahaja. Rujuk artikel kami Panduan Register Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50 untuk panduan yang lebih lengkap.
DEFINI DAN FUNGSI eTUNAI RAKYAT
E-Tunai Rakyat diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet iaitu pembayaran secara digital di kalangan pengguna dan juga peniaga terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit.
Mengikut pengumuman terdahulu, tiga pengendali perkhidmatan e-dompet telah dipilih bagi program ini iaitu Boost, Grabpay and Touch ‘n Go e-wallet.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara daftar dan tebus eTunai rakyat RM50 ini:
Install Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50
BOOST (IOS, ANDROID)
- Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
- Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
- Upgrade kepada Boost Premium.
- Sahkan atau verify akaun Boost.
- Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
- Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
- Claim e-kredit RM50 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020
APP GRAB (IOS, ANDROID)
- Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
- Grabpay memang ada didalam app Grab.
- Aktifkan GrabPay
- Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
- Ambil gambar kad pengenalan
- Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
- Kemudian tekan dan tebus RM50.
- Selesai! Dah dapat belanja RM50 yang ada dalam eWallet.
APP TOUCH ‘N GO (IOS, ANDROID)
Berikut kami sertakan video tutorial mendaftar dan menebus etunai rakyat RM50 dengan aplikasi Touch ‘n Go:
VIDEO DAFTAR EWALLET DENGAN TOUCH ‘N GO
VIDEO BUAT PENGESAHAN EWALLET DENGAN TOUCH ‘N GO
TIPS KUMPUL MATA UNTUK DAPATKAN CASHBACK
Untuk kumpul mata sambil menikmati pelbagai cashback, pastikan anda gunakan kad BigPay bersama eWallet anda.
Macam mana? Mudah sahaja:
Langkah 1:
Pastikan anda memuat turun aplikasi *BIGPAY* di Play Store atau App Store
Langkah 2:
Selepas itu apply kad BigPay ini menggunakan telefon anda sahaja
Langkah 3:
Masukkan kod ni 6P08UL1JQP untuk claim *RM10 PERCUMA* dari Air Asia. Banyak tu! Apa lagi, kalau tak claim rugi tau!
Langkah 4:
Dah selesai semua, top up RM20 untuk aktifkan kad. Anda boleh tambah nilai menggunakan kad kredit atau online banking. Selesai!
*Once activate, dalam account ada RM10(referral code)+RM20 =RM30
Langkah 5:
Kad tu dia akan pos ke alamat kita, dlm 5 – 7 hari bekerja dah sampai, anda tidak perlu bayar apa-apa pun untuk pos.
Kesimpulan Install Aplikasi MySejahtera & Tebus eWallet RM50
Kami berharap artikel kami kali ini dapat membantu memudahkan urusan anda menggunakan eWallet dan menebus eTunai rakyat.
Install MySejahtera dan nikmai eTunai RM50 yang disediakan kerajaan ini. Jangan lupa tebus pula ya!
TERIMA KASIH