Permohonan Residensi Prihatin B40 (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan)

Permohonan Residensi Prihatin B40 (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan)

Permohonan Residensi Prihatin B40.

Golongan B40 yang menetap di Wilayah Persekutuan dan mengimpikan kediaman mereka sendiri kini berpeluang untuk mencapai impian anda dengan Program Residensi B40.

Bagaimana?

Untuk makluman anda, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif baharu bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan memilik rumah iaitu Residensi Prihatin.

Perumahan ini akan dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Macam mana nak buat permohonan?

Teruskan bersama kami di Thesumber dengan artikel Permohonan Residensi Prihatin B40 (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan) sebagai rujukan anda.

Jom baca!

Isi Kandungan

Apa Itu Residensi Prihatin B40?

KWP dengan menyediakan inisiatif Residensi Prihatin bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana memiliki rumah pertama mereka di Wilayah Persekutuan dengan kos yang mampu dimiliki.

Kementerian Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk membina 10,000 unit rumah Residensi Prihatin di di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tempoh 3 tahun mulai 2021 hingga 2024.

SAIZ DAN HARGA RUMAH RESIDENSI PRIHATIN

Harga jualan rumah Residensi Prihatin ini ditawarkan pada RM200,000 dengan saiz keluasan rumah minimum 750 kaki persegi merangkumi:

  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Ruang Makan
  • 1 tempat letak kereta berbumbung (tidak termasuk dalam saiz rumah).

Permohonan Residensi Prihatin B40 (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan)

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon, dan maklumat-maklumat tambahan untuk rujukan permohonan anda.

Read Also :  Daftar i-Akaun KWSP Online Dengan Mudah

Jom baca!

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RESIDENSI PRIHATIN

Anda perlu memenuhi kesemua syarat permohonan di bawah sebelum boleh mula membuat permohonan:

  1. Permohonan adalah untuk rumah pertama sahaja.
  2. Anda sebagai pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
  4. Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin.
  5. Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  6. Sekatan penjualan (moratorium) Residensi Prihatin ini adalah selama 10 tahun di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja

CARA PERMOHONAN RUMAH RESIDENSI PRIHATIN B40

NOTA:

  • Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.
  • Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP) anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas, anda boleh membuat permohonan seperti di bawah:

  1. Anda perlu meLayari laman web: PORTAL RESIDENSI PRIHATIN
  2. Kemudian klik pada ‘Saya Layak’
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta di bahagian ‘Pendaftaran Minat’
  4. Kemudian klik pada ‘Daftar Minat’
  5. Pilih projek yang diminati.
  6. Anda perlu memuat turun ‘Surat Akuan Sumpah’ dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  7. Kemudian, muat naik ‘Dokumen Permohonan’
  8. Selepas itu, buat pengesahan profil anda dan dokumen sokongan yang dihantar.

SENARAI DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen Sokongan Permohonan Residensi Prihatin B40

Semakan Status Permohonan Residensi Prihatin B40

  • Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal RESIDENSI PRIHATIN.
  • Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.
Read Also :  Business Travel Credit Card No Personal Guarantee

Maklumat Lanjut Permohonan Residensi Prihatin B40

Sebarang pertanyaan mengenai Projek Residensi Prihatin anda boleh terus hubungi talian 03-8889 7640 atau email [email protected].

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan yang mengimpikan memiliki rumah sendiri. Permohonan sudah boleh mula anda tunggu apa lagi?

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.