Permohonan Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19?
Salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan akibat situasi yang melanda negara akibat Covid-19 ini bagi meringankan beban rakyat adalah dengan membuat penangguhan bayaran pinjaman bank.
Tetapi bagaimana?
Permohonan Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19 memberikan anda panduan menyeluruh. Semua maklumat asas yang anda perlukan ada disini. Semoga ianya memberi manfaat.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Ini kerana ada syarikat yang terpaksa meminta pekerja bercuti tanpa gaji atau unpaid leave. Bukan itu sahaja, bagi golongan peniaga seperti di pasar tani dan pasar malam, mereka juga turut terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi.
Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti.
Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan.
Bayaran ansuran ini akan bersambung semula setelah tempoh moratorium/penangguhan tamat.
Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana.
Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang kami kongsikan berikut:
CARA MEMBUAT PERMOHONAN TANGGUH BAYARAN ANSURAN PINJAMAN
- Permohonan boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.
- Minta borang Moratorium COVID-19 daripada bank yang dikunjungi dan lengkapkannya sebelum hantar.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Individu
- Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
- Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
- Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)
Pemilik Perniagaan
- Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
- Pesanan yang telah dibatalkan
- Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Individu yang terkesan akibat COVID-19 (Cuti tanpa gaji, diberhentikan)
- Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19
PRODUK PINJAMAN YANG DIBERIKAN PENANGGUHAN
- Pembiayaan Peribadi
- Pinjaman Pembiayaan Rumah
- Sewa Beli (Kereta)
- Kad Kredit
- Pinjaman SME
- Overdraft /CL-i
*NOTA:Kelulusan adalah tertakluk kepada bank masing-masing
BANK YANG MENAWARKAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN
Berikut adalah senarai bank yang menawarkan penangguhan pembayaran:
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila klik pada dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah:
AIBIM Bantuan Moratorium Akibat COVID-19
Kesimpulan Permohonan Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19
Semoga artikel kami ini dapat membantu meringankan beban anda yang terkesan dengan isu pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini. Sila kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Selama maju jaya kami ucapkan pada anda!
TERIMA KASIH