Permohonan Bantuan Pelancongan Johor One-Off 2021 Online

Permohonan Bantuan Pelancongan Johor One-Off 2021 Online

Permohonan Bantuan Pelancongan Johor.

Permohonan bantuan pelancongan Johor ini disediakan khas buat agensi pelancongan dan pemandu pelancong yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 sejak tahun 2020 menerusi Program Bantuan Insentif One-Off Pemandu Pelancong Negeri Johor.

Pelaksanaan PKP sejak bulan Mac tahun lepas membuatkan industri pelancongan terjejas dan menyebabkan punca pendapatan pemandu pelancong terputus kerana tiada pergerakan pelancongan dibenarkan.

Oleh itu, artikel kami hari ini Permohonan Bantuan Pelancongan Johor One-Off 2021 Online kami sediakan khas buat rujukan agensi dan pemandu pelancong yang memerlukan bantuan ini.

Kami sediakan semua maklumat yang anda cari disini.

Jom baca!

Permohonan Bantuan Pelancongan Johor One-Off 2021 Online

Ketahui syarat-syarat permohonan, cara permohonan dan makluman-makluman tambahan mengenai bantuan ini dengan merujuk informasi di bawah.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan untuk agensi pelancongan dan pemandu pelancong adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PEMANDU PELANCONG

  • Pemohon berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
  • Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
    Salinan Kad Pengenalan
    Salinan Lesen Pemandu Pelancong
    Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
    Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
  • Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.

NOTA:

Pemohon diwajibkan menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.

Read Also :  Pendaftaran Darjah 1 Tahun 2023/2024 Secara Online

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN AGENSI PELANCONGAN

  • Mempunyai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
  • Mempunyai salinan akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas.
  • Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor.
  • Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja.
  • Pemohon diwajibkan untuk menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020.

NOTA:

Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 tidak dibenarkan membuat permohonan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN PELANCONGAN JOHOR

Mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan dengan cara yang berikut:

  1. Pemohon perlu layari: BORANG PERMOHONAN BANTUAN PEMANDU PELANCONG
  2. Pemohon perlu layari: BORANG PERMOHONAN BANTUAN AGENSI PELANCONGAN
  3. Isi butiran yang diminta di dalam borang permohonan ‘google form’dengan lengkap dan betul.
  4. Anda perlu menghantar borang permohonan dengan dokumen sokongan (seperti dalam senarai di bawah) yang perlu dimuat naik.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan anda adalah seperti berikut:

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN PEMANDU PELANCONG

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Pemandu Pelancong
  • Salinan penyata bank (muka hadapan)
  • Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2020 (Senarai tugasan tahun 2020 perlu diisi didalam borang dan diupload:
    a) Tarikh
    b) Lokasi pelancongan
    c) Bilangan Pelancong

DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN AGENSI PELANCONGAN

  • Nama dan No Akaun Bank Syarikat.
  • Salinan sijil SSM dan lesen MOTAC
  • Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2017
  • Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2018
  • Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2019
  • Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2020
Read Also :  Cara Renew Permit Pembantu Rumah Online

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Pelancongan Johor

Permohonan Bantuan Pelancongan Johor One-Off 2021 Online

Sebarang pertanyaan anda anda boleh hubungi Tourism Johor di talian berikut:

  • 07-223 4935
  • 07-224 9960

Semoga perkongsian kami dapat membantu pemandu pelancong dan agensi pelancongan yang terjejas punca pendapatan disebabkan penularan kes Covid-19 yang semakin serius.

Sama-sama kita jaga kita dan selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang membuat permohonan.

TERIMA KASIH

Martins ad network.