Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu.

Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) 2021 adalah bantuan perumahan untuk rakyat untuk memberi peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan memiliki kediaman mereka sendiri.

Inisiatif kerajaan Terengganu untuk memastikan golongan B40 khususnya dapat menikmati keperluan untuk memiliki rumah mereka sendiri dalam kadar harga mampu milik.

Oleh itu, Thesumber prihatin dengan perkara di atas menyediakan artikel khas pada hari ini Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online sebagai panduan untuk rakyat Terengganu yang berminat ingin membuat permohonan RMMT 2021 ini.

Semua maklumat yang anda perlukan kami sediakan disini.

Jom baca!

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online

SENARAI RUMAH RMMT 2021

RMMT AWAM

  • Daerah Kemaman
  • RMM Seri Bandi, Kijal

RMMT Penswastaan

  • Daerah Kuala Nerus

-SPNB Kuala Nerus

  • Daerah Kemaman

-SPNB Kerteh

  • Daerah Hulu Terengganu

-SPNB Kuala Ping

  • Daerah Dungun

-SPNB Kg. Paya Santong

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPUN MILIK TERENGGANU

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. Pemohon berumur 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung)
  3. Status permohon adalah berkahwin.
  4. 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  5. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  6. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  7. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
  8. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  9. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  10. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

CARA MEMOHON

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online

  1. Seperti yang tertera dalam rajah di atas, pemohon yang layak perlu mendaftar secara online terlebih dahulu.
  2. Selesai mendaftar, anda boleh terus log masuk menggunakan username dan password yang dicipta semasa pendaftaran [NOTA: Sekiranya anda terlupa username/password, sila berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) di talian : 09 6267999 / 09 6317999]
  3. Selesai login, pilih daerah projek perumahan yang anda ingin memohon.
  4. Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 Online
  5. Isikan maklumat pemohon dengan lengkap pada borang rumah mampu milik Terengganu dan klik butang ‘Hantar’
  6. Bagi yang sudah mendaftar, anda boleh terus KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI dan klik pada ‘Hantar’
BACA JUGA :  Cara Memohon Pembiayaan Selangor Advance PKS 2020 Online

NOTA:

Kerajaan Negeri tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam urusan permohonan rumah mampu milik (RMM).

Harap maklum.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan RMMT 2021 ini juga memerlukan dokumen sokongan yang perlu dihantar sekali bersama dengan borang permohonan anda.

Rujuk pada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu untuk mendapatkan senarai dokumen sokongan yang diperlukan bagi memastikan kelancaran proses permohonan RMMT anda.

Maklumat Lanjut Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu

Sebarang kekeliruan atau pertanyaan anda boleh terus hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Perumahan) di saluran yang berikut:

  • No Tel: 09-626 7999 / 09-631 7999
  • Alamat:Tingkat Bawah No. 28,Pusat Niaga Paya Keladi,20000 Kuala Terengganu,

    Terengganu Darul Iman.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat khususnya pada rakyat Terengganu yang sedang mencari kediaman mampu milik sendiri.

Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang layak.\

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
Diana kanzira atwine, also diana atwiine, is a ugandan medical doctor and civil servant.