Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang.

Untuk makluman anda, Yayasan Pahang membuka lagi peluang permohonan biasiswa untuk pelajar sekolah menengah tingkatan 1 dan 4 iaitu Biasiswa Sekolah Menengah (BSM).

Bagaimana caranya untuk buat permohonan?

Jangan risau, jangan pening..

Teruskan bersama kami dengan artikel hari ini Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021 kami sediakan khas buat rujukan mereka yang berminat untuk mendapatkan biasiswa ini.

Jom baca!

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang

Biasiswa Yayasan Pahang ini telah ditubuhkan sejak tahun 1983 lagi bertujuan untuk membantu anak-anak kelahiran Pahang meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah.

Biasiswa ini memberikan keutamaan kepada keluarga pelajar tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

BSM membuka lebih lagi peluang bermula tahun 2003 kepada para pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum untuk memohon biasiswa ini.

Jumlah pembiayaan biasiswa yang diberikan kepada pelajar sekolah menengah adalah sebanyak RM600.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

TEMPOH PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN PAHANG

Permohonan bagi BSM Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN PAHANG

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda membuat permohonan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Ibu ATAU bapa pemohon ialah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang.
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
  5. Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah.
  6. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain.
  7. Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  8. Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
Read Also :  Senarai Kursus Yang Ditawarkan KKTM & Syarat Kelayakan

CARA PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN PAHANG

Pemohon yang layak boleh terus ikuti cara-cara permohonan seperti dibawah:

  1. Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula.
  4. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
  5. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/.

Soalan Lazim Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang

Jika anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian, adakah anak saya layak untuk memohon BSM?

  • Tidak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.

Bolehkah saya menghantar sendiri borang permohonan BSM ke Yayasan Pahang?

  • Tidak boleh. Borang permohonan BSM hanya perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang.

Adakah saya boleh memohon untuk anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3?

  • Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi pihak Yayasan Pahang di saluran berikut:

Martins ad network.