SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia

SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia

SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan dek kerana penularan Covid-19 yang semakin serius di Malaysia apa sahaja majlis sosial termasuklah majlis pernikahan dan perkahwinan tidak dibenarkan.

Sudahnya pasangan pengantin terpaksa menunda tarikh pernikahan.

Tetapi, dengan adanya Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) urusan pernikahan dan perkahwinan anda akan menjadi lebih mudah.

Bagaimana?

Artikel Thesumber hari ini SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia kami sediakan khas sebagai rujukan pasangan pengantin yang ingin menguruskan pendaftaran dan kursus kahwin secara atas talian atau online?

Boleh ke?

Tak percaya, jom baca!

Isi Kandungan

Apa Itu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)?

SSPIM adalah satu sistem yang dilaksanakan berdasarkan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Antara modul yang disediakan di bawah sistem SSPIM ini adalah seperti berikut:

  • Permohonan kursus pra-perkahwinan
  • Permohonan kebenaran nikah
  • Pendaftaran nikah
  • Proses perceraian, rujuk dan rundingcara

SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia

CARA DAFTAR SISTEM SPPIM ONLINE

Mereka yang ingin berurusan dengan sistem SSPIM ini perlulah mendaftar terlebih dahulu.

Berikut kami sediakan langkah-langkah untuk mendaftar di sistem ini:

  1. Anda perlu layari: PORTAL RASMI SPPIM 2021
  2. Kemudian, pilih pada bahagian ‘Benar Nikah Online’
  3. Bagi anda yang baru kali pertama ingin memohon klik ‘Permohonan Baru’
  4. Isi maklumat yang bertanda (*) di bahagian lelaki perempuan, maklumat kebenaran dan wali. Kemudian klik ‘Hantar’
  5. Kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan klik ‘Hantar’
  6. Cetak borang pendaftaran dan senarai semak (pdf) dan simpan fail anda.
  7. Bawakan borang pendaftaran dan dokumen sokongan ke pejabat kadi yang berdekatan.
Read Also :  Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Malaysia 2020

CARA DAFTAR SISTEM SPPIM ONLINE

Selepas mendaftar apa jenis perkhidmatan yang anda boleh gunakan dengan sistem SSPIM ini?

Jom teruskan baca artikel kami.

PERMOHONAN KAHWIN SECARA ONLINE

Seperti yang anda sedia maklum, pasanagn yang ingin melangsungkan pernikahan perlu membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Adakah perkahwinan secara online dibenarkan?

Ya, betul. Anda boleh membuat permohonan kahwin secara online di SSPIM.

Ini merupakan satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Setakat ini kebenaran permohonan berkahwin online hanya meliputi negeri-negeri yang berikut:

  1. Negeri Sembilan
  2. Melaka
  3. Perlis
  4. Kedah
  5. Perak
  6. Wilayah Persekutuan
  7. Johor

Walaubagaimanapun, kemudahan berkahwin online ini akan terus diperluaskan untuk diaplikasikan ke negeri-negeri di seluruh Malaysia.

PENDAFTARAN PRA-PERKAHWINAN ONLINE

Pasangan juga boleh mendaftar kursus pra perkahwinan secara online. Ini adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan bagi memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.

Pasangan boleh membuat semakan maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran, semakan jadual kursus online, maklumat masa, tarikh dan tempat kursus.

Namun, ingin kami maklumkan bahawa setakat ini hanya 3 negeri berikut yang mengaplikasikan kemudahan ini:

  1. Negeri Sembilan
  2. Melaka
  3. Perlis

PERMOHONAN NIKAH, CERAI DAN RUJUK (MODUL NCR LUAR NEGARA)

Modul ini diwujudkan bagi memudahkan urusan pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia.

Antara urusan-urusan yang terkandung di bawah modul ini adalah seperti berikut:

PENGESAHAN KEBENARAN & STATUS

  • Pengesahan ke atas Dokumen Kebenaran Berkahwin atau pengesahan status diri pemohon sama ada belum atau telah berkahwin dan tiada halangan untuk berkahwin dari pejabat kedutaan.
    Permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri.
Read Also :  Permohonan Bantuan Masyarakat India Johor 2021 Secara Online

PENGESAHAN DOKUMEN NIKAH

  • Pengesahan Dokumen Pernikahan adalah merupakan satu perakuan daripada Pejabat Perwakilan Malaysia terhadap mana-mana dokumen pernikahan yang telah dikeluarkan oleh Badan, Majlis atau Institusi Agama di luar negara yang menguruskan perkahwinan pasangan berkenaan.
  • Pengesahan ini tidak mengesahkan keabsahan perkahwinan dari sudut syarak.

KETERANGAN NCR

  • Keterangan Nikah, Cerai dan Rujuk adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia berdasarkan maklumat daripada Surat Perakuan Nikah, Surat Perakuan Cerai atau Surat Persekedudukan Semula (Ruju’) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kegunaan semasa tinggal di negara berkenaan.

RUNDING CARA ONLINE

Pasangan yang ingin mendapatkan mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan kini boleh melakukannya secara online.

Pasangan boleh mendapatkan temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah.

Runding cara online hanya diaplikasikan di negeri-negeri berikut:

  1. Negeri Sembilan
  2. Melaka
  3. Perlis
  4. Kedah
  5. Perak
  6. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Maklumat Lanjut SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia

Sebarang kekeliruan atau pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran yang berikut:

  • Negeri Sembilan : 06-6771352
  • Melaka : 06-333 3333 samb 5630 / 5631 / 5634
  • Perlis : 04-979 4401, Kedah : 04-774 5530 / 5423 / 5424, Perak : 05-208 4853
  • Wilayah Persekutuan : 03-2274 9333 samb 3312 / 3306
  • JAKIM : 03-8870 7527 / 7528
  • Masa : 09:00 pagi – 04:00 petang | Email : [email protected]
  • LAMAN WEB RASMI SPPIM

Semoga artikel ini bermanfaat dan memudahkan urusan pasangan yang ingin melansungkan pernikahan di dalam waktu PKP ini.

Selamat pengantin baru dan selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

Artificial intelligence (ai) and machine learning (ml) are revolutionizing the way businesses approach digital marketing. Bad credit debt consolidation loan options.