Geran Kenderaan Hilang/Rosak: 3 Cara Dapatkan Salinan Geran

Geran Kenderaan Hilang/Rosak: 3 Cara Dapatkan Salinan Geran

Geran Kenderaan Hilang/Rosak.

Geran kereta atau motor anda hilang? Ataupun rosak? Cara

Tahukah anda bahawa geran kenderaan itu penting? Sekiranya geran tersebut hilang atau rosak, pemilik kenderaan perlu segera mendapatkan salinan geran kenderaan mereka.

Macam mana nak dapatkan salinan geran kereta/motor anda?

Jangan risau, Thesumber bawakan entri hari ini Geran Kenderaan Hilang/Rosak: 3 Cara Dapatkan Salinan Geran sebagi rujukan buat mereka yang memerlukan.

Semuanya ada disini.

Jom baca!

Geran Kenderaan Hilang/Rosak: 3 Cara Dapatkan Salinan Geran

Situasi bencana seperti banjir yang baru melanda Malaysia, kemalangan jalanraya dan sebagainya boleh menyebabkan anda kehilangan geran kenderaan.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan geran kenderaan ni? Penting sangat ke?

Dalam bahasa mudahnya, geran kenderaan atau atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) ini ibarat kad pengenalan kenderaan. Segala maklumat berkenaan kenderaan dan pemilik kenderaan tertera di dalam geran tersebut.

Kalau hilang atau rosak jangan risau, berikut kami kongsikan 3 cara untuk anda mendapatkan semula salinan geran original.

CARA DAPATKAN SALINAN GERAN KERETA DI BANK

Untuk makluman, jika pinjaman kenderaan anda masih belum habis dibayar, anda boleh mendapatkan salinan geran tersebut di cawangan bank yang anda berurusan semasa proses jual beli kenderaan.

Berikut langkah-langkah mudah untuk mendapatkan geran kereta di bank:

  1. Pemilik kenderaan perlu hadir ke cawangan bank dimana anda menandatangani dokumen perjanjian pinjaman kenderaan
  2. Isi borang yang berkaitan dengan lengkap dan ambil nombor giliran anda
  3. Sampai giliran anda, pergi ke kaunter kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugas untuk membuat pengesahan cap jari.
  4. Selesai membuat pengesahan, pegawai bank yang bertugas akan menyerahkan salinan geran kenderaan anda,
Read Also :  Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

CARA DAPATKAN SALINAN GERAN KERETA DI KAUNTER JPJ

Anda juga boleh mendapatkan salinan geran kenderaan anda dengan menghadirkan diri di kaunter JPJ yang berdekatan.

DOKUMEN-DOKUMEN PENTING YANG PERLU DIBAWA

  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
  4. Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
  5. Fi yang telah ditetapkan.

DOKUMEN-DOKUMEN PENTING YANG PERLU DIBAWA (WARIS/WAKIL PEMILIK KENDERAAN)

Sekiranya anda adalah waris atau wakil pemilik kenderaan, terdapat beberapa pertambahan dokumen yang perlu di bawa seperti berikut:

  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran.
  2. Dua Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Salinan Identiti Pengenalan Diri pemilik berdaftar kenderaan.
  4. Salinan Identiti Pengenalan Diri waris.
  5. Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang Diberi Kuasa.
  6. Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan.
  7. Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya.
  8. Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja).
  9. Fi yang telah ditetapkan.

CARA DAPATKAN GERAN KERETA/MOTOR DI KIOSK JPJ

Lebih mudah kini anda boleh mendapatkan salinan geran kenderaan hanya melalui kiosk JPJ. Tak perlu lah anda menunggu lama untuk ke kaunter JPJ.

Geran Kenderaan Hilang/Rosak

Ikuti cara-cara di bawah sebagai rujukan:

  1. Masukkan kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan, kemudian buat pengesahan cap jari kanan
  2. Pada bahagian ‘Menu’ sila pilih ‘Sijil Pemilikan Kenderaan’
  3. Selepas itu masukkan kad debit anda dan juga No PIN
  4. Anda akan dikenakan RM50 untuk geran kereta original bagi transaksi yang berjaya
Read Also :  Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020

Selesai!

Alternatif ini pastinya dapat memudahkan pengguna dan tidak perlu bersesak di kaunter JPJ untuk mendapatkan geran kereta/motor yang hilang atau rosak.

Pastikan anda masih menjaga SOP yang ditetapkan seperti pemakaian mask dan jaga penjarakkan sosial bagi mengelakkan kes Covid-19 meningkat semula.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

This would provide a clearer perspective on the nexus one’s offerings and its standing in the mobile market.  연차 수당은 근로자가 연차 휴가를 사용하지 않은 경우, 회사가 지급하는 수당입니다.