Permohonan Kolej Profesional MARA 2022/2023.
Calon berumur 18 hingga 35 tahun yang berminat boleh mula memohon kemasukan ke Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 1 2022/2023 bagi pengambilan Mac. permohonan kolej mara
Apa syarat kelayakan yang ditetapkan?
Dekat mana nak mohon?
Semuanya kami sediakan khas di dalam entri kami hari ini Permohonan Kolej Profesional MARA 2022/2023 Secara Online.
Mereka yang berminat boleh terus membaca artikel kami.
Isi Kandungan
Apa Itu Kolej Profesional MARA?
Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada mulanya dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM), KPM pertama telah ditubuhkan pada Mei 1977 di Kuala Lumpur. Sejak itu, terdapat enam buah kampus KPM ditubuhkan di seluruh Malaysia.
- KPM Beranang di Selangor (asalnya IPM Kuala Lumpur)
- KPM Bandar Melaka di Melaka
- KPM Ayer Molek di Melaka
- KPM Indera Mahkota di Pahang
- KPM Seri Iskandar di Perak
- KPM Bandar Penawar di Johor.
SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA
14 kluster program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Diploma in Accounting (DIA)
- Diploma in Business Studies (DBS)
- Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
- Diploma in Entrepreneurship (DEN)
- Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
- Diploma in Computer Networking (DCN)
- Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
- Diploma in International Business (DIB)
- Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
- Diploma in Marketing (DMK)
- Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
Permohonan Kolej Profesional MARA 2022/2023 Secara Online
Untuk makluman, permohonan dibuka kepada calon-calon yang TELAH mengambil peperiksaan SPM, STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM).
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat-syarat asas permohonan kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
- Berumur 18 sehingga 35 tahun;
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
CARA PERMOHONAN KOLEJ PROFESIONAL MARA 2022/2023 ONLINE
Mereka yang menepati syarat-syarat permohonan di atas boleh tetus memohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Calon yang berminat boleh terus membuat permohonan secara online di: PORTAL RASMI MARA
- Isi semua butiran permohonan yang diminta dengan lengkap dan betul
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- NOTA: Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak ‘Slip Pengesahan Permohonan Program Diploma KPM Sesi 1 2022/2023 Pengambilan Mac’ sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Bukti permohonan tersebut tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA
- Kemudahan penginapan asrama
- Pemberian Elaun Sara Hidup
- Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
- Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) 2022
Untuk makluman kepada calon-calon yang telah memohon, keputusan permohonan program diploma KPM ini dijangka diumumkan melalui Portal UPIM pada:
- 22 Februari 2022, selepas jam 3:00 petang.
Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan ‘SETUJU’ terima tawaran dengan cara:
- Calon perlu layari PORTAL UPIM terlebih dahulu.
- Masukkan nombor transaksi pembayaran MARA bagi membolehkan calon yang berjaya memuat turun surat tawaran dan dokumen pendaftaran selewat-lewatnya sebelum ATAU pada 04 Mac 2022 dan bergantung pada tempoh setuju terima yang ditetapkan.
NOTA: Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN.
TARIKH & LOKASI PENDAFTARAN CALON YANG BERJAYA
Sesi pendaftaran atau lapor diri bagi calon-calon jaya adalah mengikut ketetapan seperti di jadual berikut:
PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ PROFESIONAL MARA
Bagi calon yang gagal, jangan risau, anda boleh membuat permohonan rayuan adalah secara online di sistem UPIM mulai 22 Februari sehingga 4 Mac 2022.
Keputusan permohonan rayuan program diploma KPM ini pula dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 05 Mac 2022, selepas jam 3:00 petang.
Selamat maju jaya kami ucapkan
TERIMA KASIH