Semakan Dividen KWSP Online & Tarikh Dividen KWSP 2021

Semakan Dividen KWSP Online.

Macam mana nak semak dividen KWSP anda?

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat semakan dividen ini secara online? Mudah bukan?

Sebaik sahaja dividen KWSP bagi tahun 2021 pasti ramai yang ingin menyemak dividen KWSP mereka.

Tetapi bila dan bagaimana?

Entri Thesumber hari ini Semakan Dividen KWSP Online & Tarikh Dividen KWSP 2021 kami sediakan khas buat rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

Semakan Dividen KWSP Online & Tarikh Dividen KWSP 2021

Akta KWSP 1991, Seksyen 27, menyatakan jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Melalui akta ini, dapat kita simpulkan, tidak kira apa jua situasi ekonomi yang negara dan sebagainya ahli KWSP pasti akan menerima MINIMUM 2.5% kadar dividen tahunan.

Tetapi, kadar dividen simpanan shariah KWSP pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum simpanan ini.

Untuk makluman anda, Dividen KWSP 2020 menyaksikan pemberian dividen sebanyak 5.2 % dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 % untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.

TARIKH UMUM DIVIDEN KWSP 2021

Pengumuman tarikh dividen KWSP 2021 akan diisytiharkan pada awal suku pertama tahun 2022 (sekitar bulan Februari atau Mac) dan sebarang informasi terkini akan dimaklumkan kepada Ahli dari semasa ke semasa.

NOTA:

Penyata tahunan 2021 akan memaparkan caruman 01/2021 (potongan upah/gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan upah/gaji bulan November 2021); sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang dinyatakan.

BACA JUGA :  Permohonan Baru BPN 2.0 Sehingga 15 November 2020

Sekiranya anda mendapati rekod caruman anda tidak teratur, anda boleh membuat laporan aduan ke kaunter KWSP yang berdekatan.

Semakan Dividen KWSP Online

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2021 SECARA ONLINE

Tiba masa pengumuman dividen KWSP 2021 pasti ramai yang ingin membuat semakan dividen yang ada dalam akaun KWSP mereka.

Macam mana nak semak?

Cara semak dividen anda menjadi lebih mudah terutama sekali pada mereka yang sudah mempunyai akaun i-Akaun KWSP, bagi mereka yang belum mendaftar, anda boleh daftar i-Akaun KWSP secara online. Mudah sahaja.

  1. Pengguna boleh terus ke PORTAL RASMI KWSP atau buka Aplikasi i-Akaun untuk semak dividen KWSP anda.
  2. Login dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  3. Selesai login pergi pada menu ‘Dividen’ dan klik ‘View Details’
  4. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan.

CARA DOWNLOAD APLIKASI i-AKAUN KWSP

Anda boleh terus muat turun aplikasi i-Akaun KWSP untuk memudahkan lagi urusan anda menyemak dividen dengan merujuk kepada link di bawah:

Maklumat Lanjut Semakan Dividen KWSP Online

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubung pihak KWSP talian:

  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-89226000

Apa tunggu lagi? Daftar i-Akaun sekarang dan semak dividen KWSP anda pada bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.