Cara Ambil Lesen Memandu & Harga Lesen Memandu 2022

Cara Ambil Lesen Memandu & Harga Lesen Memandu 2022

Cara Ambil Lesen Memandu.

Anda ingin mengambil lesen memandu tapi tak tahu mana nak mula dan harga lesen bagi tahun 2022?

Jangan risau, Thesumber hari ini menyediakan anda maklumat yang anda cari bagi memudahkan proses anda mengambil lesen memandu.

Artikel kami hari ini Cara Ambil Lesen Memandu & Harga Lesen Memandu 2022 kami sediakan khas buat mereka yang berminat sebagai rujukan.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Cara Ambil Lesen Memandu & Harga Lesen Memandu 2022

Berikut disertakan info berkenaan proses kali pertama mengambil lesen memandu, syarat-syarat yang dikenakan, harga lesen memandu terkini bagi tahun 2022 dan banyak lagi.

Jom teruskan bersama kami. harga lesen memandu

SYARAT-SYARAT NAK AMBIL LESEN MEMANDU 

Syarat-syarat dibawah ditetapkan mengikut umur dan jenis kenderaan:

  1. Lesen Motor B Full & B2: Umur 16 tahun ke atas
  2. Lesen Kereta (Auto/Manual): Umur 17 tahun ke atas
  3. Lesen E (Bas/Lori): Umur 21 tahun ke atas
  4. Calon Bukan Warganegara:
    • calon perlu memiliki pasport dan visa pelawat yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan untuk melayakkan diri untuk mendapatkan lesen kereta atau motor di Malaysia.
  5. Calon OKU:
    • calon perlu mendapatkan borang pemeriksaan kesihatan daripada mana-mana cawangan-cawangan JPJ berdekatan.
    • Calon juga perlu mendapatkan pengesahan layak memandu atau menunggang daripada Pegawai Perubatan di mana-mana klinik atau hospital kesihatan kerajaan.
Read Also :  Cars With The Cheapest Insurance Rates

CARA NAK AMBIL LESEN MEMANDU KALI PERTAMA

21,954 Buchstabe I Illustrations & Clip Art - iStock

Sekiranya anda menepati semua syarat lesen di atas, anda boleh terus ikuti langkah-langkah di bawah:

PENDAFTARAN LESEN MEMANDU DI INSTITUT MEMANDU

  • Calon boleh hubungi Institut Memandu yang berdekatan untuk menguruskan proses pengambilan lesen.
  • Bincang dengan pegawai yang bertugas mengenai yuran dan sebarang pertanyaan berkaitan kursus memandu anda.

MENGAMBIL KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP01)

  • Anda perlu menjalani kursus KPP01 di dalam kelas untuk tempoh 6 jam secara keseluruhan.
  • Kelas ini selalunya akan diadakan pada hujung minggu.
  • Calon disarankan untuk berpakaian kemas dan sopan semasa mengikuti kursus ini.

MENGAMBIL UJIAN KOMPUTER LESEN MEMANDU & LESEN L

  • Selesai menghadiri kursus KPP01, anda perlu mengambil ujian Teori Undang-undang Komputer selama 45 minit.
  • Calon perlu lulus dengan markah minimum 42/50.
  • Sekiranya gagal, calon perlu menduduki ujian ulangan.
  • Calon akan mendapat Lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu selepas lulus ujian komputer.

MENGAMBIL KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP02)

  • Kursus ini merujuk kepada latihan praktikal di dalam litar selama lapan jam.
  • Bagi mendapatkan lesen motosikal, calon akan menjalani latihan praktikal seperti membuat pusingan 8, laluan titi, halangan kon, dan brek kecemasan.
  • Bagi lesen kereta pula, calon perlu menjalani latihan praktikal seperti menaiki bukit, side parking dan ujian tiga penjuru.

MENDUDUKI KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP03)

  • Setelah selesai latihan memandu di dalam litar, calon akan menjalani Kursus KPP03. Ia merujuk pada latihan memandu di jalan raya di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman Institut Memandu selama lapan jam.

UJIAN eTESTING ONLINE JPJ

  • Bermula April 2022, calon tidak akan ditemani Pegawai JPJ yang bertugas ketika melalui ujian sebenar JPJ. Sebaliknya, calon akan dipantau hanya menerusi bilik kawalan.
  • Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit.
Read Also :  Car Crash Lawyers

HARGA LESEN MEMANDU 2022

Harga dan kos bagi mendapatkan lesen memandu adalah berbeza mengikut negeri dan lokasi Institut Memandu.

Namun begitu, Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) di bawah pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menetapkan harga siling bagi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu.

Penetapan harga siling ini secara tidak langsung memastikan kadar harga yang sama di setiap negeri dan turut membantu pengguna menikmati perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.

  • Motosikal B2 (untuk motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
  • Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
  • Harga Lesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
  • Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik  DA : RM1250 hingga Rm1500

Kesimpulan Cara Ambil Lesen Memandu

Setelah berjaya mendapatkan lesen memandu, pastikan anda sentiasa memandu secara berhemah di atas jalan raya bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang lain.

Selamat maju jaya kami ucapakan pada mereka yang baru ingin mengambil lesen memandu.  harga lesen memandu

TERIMA KASIH

Is the carnivore diet heart healthy ?.  연차 수당은 근로자가 연차 휴가를 사용하지 않은 경우, 회사가 지급하는 수당입니다.