Bantuan Usahawan Wanita Kelantan: Permohonan & Syarat

Bantuan Usahawan Wanita Kelantan: Permohonan & Syarat

Bantuan Usahawan Wanita Kelantan.

Bantuan khas buat usahawan wanita di Kelantan yang mengembangkan perniagaan mereka melalui Tabung Usahawan Wanita Kelantan.

Bantuan merupakan inisiatif Kerajaan Kelantan yang menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.

Anda inginkan maklumat lanjut?

Thesumber bawakan anda artikel Bantuan Usahawan Wanita Kelantan: Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai panduan usahawan wanita Kelantan yang berminat untuk mendapatkan bantuan dana perniagaan mereka.

Jom baca!

Bantuan Usahawan Wanita Kelantan: Permohonan & Syarat Kelayakan

Untuk makluman anda, Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal berkaitan inisiatif ini.

Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan akan kepada usahawan wanita Kelantan SAHAJA sama ada wanita/beliawanis/armalah/OKU bagi membantu memajukan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka yang sedang dijalankan.

Tempoh permohonan bantuan ini adalah dari 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Bantuan Usahawan Wanita Kelantan

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat kelayakan permohonan, prosedur permohonan etc untuk rujukan mereka yang berminat:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/beliawanis/armalah/OKU)
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
  • Pemohon bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
  • Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja.
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
  • Kadar bantuan maksima adalah sebanyak RM4,000.00 sahaja.
Read Also :  Pendaftaran Darjah 1 Tahun 2023/2024 Secara Online

CARA PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN WANITA KELANTAN

Usahawan wanita yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan boleh terus mengisi borang permohonan dan ikuti langkah-langkah permohonan di bawah:

  • Pemohon perlu muat turun dan mengisi: BORANG PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN WANITA KELANTAN
  • Pastikan pemohon mengisi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan sertakan borang anda dengan dokumen sokongan berikut:
    • Borang Permohonan yang disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADUN.
    • Gambar berukuran passport.
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris.
    • Salinan Kad Pengenalan Pasangan/ Waris.
    • Gambar Lokasi & Aktiviti Perniagaan.
    • Salinan Daftar Niaga (SSM).
    • Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Kemudian hantar borang permohonan dan dokumen sokongan anda ke alamat berikut:
    • Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
      Blok 2, Aras 2,
      Kompleks Kota Darulnaim,
      15503 Kota Bharu, Kelantan

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Usahawan Wanita Kelantan

Adakah permohon boleh membuat permohonan bagi memulakan perniagaan?

Tabung usahawan ini hanya untuk usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka yang sedang berjalan.

Jika saya berumur 19 tahun, adakah saya boleh memohon?

Ya. Permohonan dibuka kepada pemohon berumur 18 hingga 60 tahun.

Bolehkah bantuan tabung usahawan ini ditukar kepada bantuan kewangan?

Tidak. Bantuan tabung usahawan ini hanya dalam bentuk bantuan peralatan sahaja dengan nilai maksima RM4,000.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita: 09-7476568

Semoga usahawan wanita di Kelantan yang berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka akan terus berjaya bersama bantuan dana yang diberikan ini.

TERIMA KASIH

7 reasons to add podcasting to your business marketing mix.  연차 수당은 근로자가 연차 휴가를 사용하지 않은 경우, 회사가 지급하는 수당입니다.