Permohonan MRSM Sesi 2022 Secara Online (Tingkatan 1 & 4)

Permohonan MRSM Sesi 2022 Secara Online (Tingkatan 1 & 4)

Permohonan MRSM Sesi 2022.

Permohonan kemasukan ke MRSM untuk tingkatan 1 dan 4 akan mula dibuka pada minggu ke-4 bulan Ogos 2021.

Adik-adik yang berminat boleh rujuk artikel kami hari ini Permohonan MRSM Sesi 2022 Secara Online (Tingkatan 1 & 4) sebagai panduan permohonan.

Semua informasi berkenaan syarat kelayakan, ujian kemasukan MRSM dan banyak lagi kami kongsikan disini.

Jom baca!

Permohonan MRSM Sesi 2022 Secara Online (Tingkatan 1 & 4)

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, kemasukan ke MRSM bermula pada 2021 memerlukan untuk calon WAJIB menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dan dipertimbangkan memasuki MRSM.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN MRSM SESI 2022

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk kemasukan MRSM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah memohon atas talian (online).
  4. Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  6. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  7. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
BACA JUGA :  Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 Secara Online

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Berikut adalah 6 program yang disediakan di bawah MRSM buat rujukan anda:

  1. Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  2. Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  3. IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  4. IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  5. Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  6. PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Permohonan MRSM Sesi 2022 Secara Online (Tingkatan 1 & 4)

CARA PERMOHONAN MRSM SESI 2022 SECARA ONLINE

Berikut kami kongsikan anda yang berkelayakan informasi berkenaan langkah-langkah permohonan kemasukan MRSM 2022 sebagai rujukan:

  1. Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI MARA
  2. Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memahami semua maklumat mengenai Program MRSM terlebih dahulu. Sila baca panduan yang kami sediakan di bawah:
  3. Untuk pengguna baru, anda perlu daftar telebih dahulu di bahagian ‘Daftar Pengguna’
  4. Selepas itu, untuk memohon, anda perlu klik pada ‘Permohonan Tingkatan 1’ atau ‘Permohonan Tingkatan 4’
  5. Anda akan menerima mesej ‘Pendaftaran Telah Berjaya’ di nombor telefon yang didaftarkan.
  6. Log masuk dan lengkapkan semua semua maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  7. Pada bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar kemudian klik ‘Hantar’
  8. Mesej ‘Permohonan Telah Berjaya’ akan dihantar pada anda. Kemudian, klik ‘Cetak’ borang permohonan anda sebagai rujukan.
BACA JUGA :  Cara Renew Permit Pembantu Rumah Online

Maklumat Lanjut Permohonan MRSM Sesi 2022

Untuk sebarang maklumat lanju anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.Permohonan MRSM semakan permohonan mrsm

TERIMA KASIH