Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari – Thesumber.com Permohonan Dan Semakan

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari? 

Tahukah anda? Mereka yang terkesan dengan perintah berkurung akibat kes Covid-19 ini, selain bantuan RM600 sebulan, kerajaan juga melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.

Namun, ingin kami ingatkan, bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari merupakan panduan khas kami sediakan untuk anda. Semuanya ada disini.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

Berikut kami kongsikan kepada anda garis panduan permohonan bantuan khas, syarat-syarat permohonan, cara permohonan dan maklumat penting yang lain yang anda perlukan:

KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN

Pemberian RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Untuk pengetahuan anda, bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one- off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS RM100

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

BACA JUGA :  Permohonan Rumah Perakku 2021 Online Mampu Milik RM70,000

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

PERMOHONAN YANG TIDAK LAYAK

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

CARA-CARA PERMOHONAN

Anda perlu memuat turun dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pemohonan di laman web berikut:

http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuan-khas-covid-19

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui pos ke NADMA di alamat yang berikut:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
    i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta  Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
    b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
    ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
    a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
  4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
BACA JUGA :  Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Kesimpulan Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

TheSumber harapkan perkonsian artikel mengenai ini memberi manfaat kepada mereka yang terkesan. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih.

Leave a Comment

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com