Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS.

Bagi membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) kerajaan telah dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional menyediakan satu inisiatif khas untuk membantu mengembangkan perniagaan mereka agar lebih maju dan sistematik.

Anda berminat?

Artikel Pemberitahuan hari ini Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN kami sediakan khas sebagai panduan buat anda yang berminat dengan permohonan ini.

Jom baca!

Isi Kandungan

Apakah Geran Padanan Pendigitalan?

Geran Padanan Pendigitalan Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) ini adalah satu inisiatif geran yang diwujudkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia.

Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan peneraju utama yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang turut disertai oleh agensi yang lain seperti Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ia bertujuan membantu PKS menggunakan perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian agar lebih sistematik. Inisiatif ini dapat menyokong PKS untuk sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi dunia yang semakin maju.

JENIS PERKHIDMATAN GERAN PADANAN PENDIGITALAN

Berikut merupakan perkhidmatan yang dapat diberikan melalui geran ini:

  • Sistem Jualan Elektronik (e-POS)
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia (CRM)
  • Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP)
  • Pemasaran Digital melalui Facebook, Google, etc.
  • Pemasangan Digital
  • Pemasangan Digital

Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Berikut kami kongsikan kepada anda syarat kelayakan, borang dan panduan permohonan dan maklumat-maklumat penting yang lain:

Read Also :  Permohonan Bantuan Khas Zakat Selangor 2020 Online

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan permohonan geran ini adalah seperti berikut:

  • PKS tersebut mestilah dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
  • PKS terbabit perlu berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia.
  • PKS terbabit telah beroperasi sekurang-kurangnya satu 1 tahun.
  • Untuk PKS yang baru beroperasi selama satu 1 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM100,000.00 pada tahun tersebut.
  • Bagi PKS yang telah beroperasi melebihi dua 2 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM50,000.00 untuk dua 2 tahun terkini secara berturut-turut.

BORANG & PANDUAN PERMOHONAN GERAN PADANAN PENDIGITALAN

Sekiranya anda lepasi semua syarat-syarat kelayakan di atas, berikut adalah borang dan panduan permohonan:

  1. Muat turun borang permohonan: BORANG PERMOHONAN GERAN PADANAN PENDIGITALAN
  2. PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel pembekal perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan pendigitalan yang disediakan (maksimum 3 servis).
  3. PKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana–mana cawangan bank.
  4. Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan yang dibuat kepada pihak bank adalah tidak dibenarkan.
  5. Setelah permohonan PKS diluluskan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada pembekal perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara pihak bank.

Penghantaran borang permohonan anda boleh dilakukan melalui emel setiap negeri seperti di bawah:

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal dan Pengarah Syarikat dan atau Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  2. Salinan lesen pendaftaran syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan iaitu Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016.
  3. Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan.
  4. Penyata bank syarikat untuk dua 2 bulan terkini.
  5. Profil syarikat (jika ada).
  6. Invois atau resit pembayaran dan persetujuan perkhidmatan bagi perkhidmatan pendigitalan yang dipilih yang disenaraikan MDEC.
  7. Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak bank dari semasa ke semasa.
Read Also :  Permohonan & Semakan Online Program Usahawan Anak Muda Kota 2020

Maklumat Lanjut Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan

Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan ini anda boleh menghubungi pihak:

  • Bank Simpanan Nasional di talian 1-300-88-1900 atau
  • SME Bank di talian 03-2603 7700

Kesimpulan Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan

Pemberitahuan berharap artikel ini dapat membantu golongan PKS yang layak. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH