Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020

Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020

Semakan Permohonan GKP 2.0.

Anda pemilik PKS yang terjejas akibat penularan Covid-19 yang melanda Negara? Berita baik untuk anda! Permohonan GKP 2.0 kini dibuka semula!

Bagaimana?

Thesumber bawakan anda artikel Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020 sebagai panduan buat pemilik-pemilik PKS yang berminat. Semuanya ada disini.

Jom baca!

Semakan Permohonan GKP 2.0

Kami sertakan maklumat-maklumat berkenaan permohonan & semakan baharu GKP 2.0 buat rujukan anda:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 2.0

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

Pemohon juga perlu:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN GKP 2.0

Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan di atas boleh teruskan permohonan seperti di bawah:

  1. Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020.
  2. Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
  3. Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020

BORANG PERMOHONAN GKP ONLINE

Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM seperti yang telah kami sediakan di bawah:

Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)

BACA JUGA :  Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku Yayasan Perak 2020 Online

Ingin kami maklumakan disini, borang permohonan ini diaktifkan pada 1 Mei 2020, jam 900 pagi dan permohonan secara manual tidak akan diterima.

MAKLUMAT TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

TARIKH DIBUKA : 1 OKTOBER 2020

TARIKH DITUTUP: 31 OKTOBER 2020

KADAR BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) YANG DIBERIKAN

Geran Khas Prihatin Adalah RM 3,000 sahaja Secara One Off

Semakan Status Permohonan GKP 2.0 Online

Semakan GKP 2.0

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan permohonan GKP anda bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Permohon yang diterima permohonannya akan menerima bayaran dijangka pada bulan Jun 2020.

Semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Semakan Keputusan Geran Khas PRIHATIN 

NOTA:

Kaedah pembayaran geran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank anda mestilah aktif.

Soalan Lazim Geran Khas Prihatin (GKP 2.0)

S1: Apakah Geran Khas PRIHATIN?

J1: Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

S2: Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

J2: 1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan 2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: - Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan 3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan 4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan 5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

BACA JUGA :  Bantuan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan Barang Makanan

S3: Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

J3: Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

S4: Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?

J4: Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

S5: Bilakah tarikh permohonan Geran Khas PRIHATIN bermula?

J5: Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

S6: Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

J6: Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.

S7: Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

J7: Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

S8: Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?

J8: Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

S9: Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

J9: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Maklumat Lanjut Geran Khas Prihatin 2.0

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:

Kesimpulan

Semoga artikel mengenai geran khas prihatin (GKP) ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sebar-sebarkan artikel kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

BACA JUGA :  Cara Daftar & Semak Dividen Koperasi Tentera Online 2021
Email marketing : digital marketing in bangalore , digital marketing in india , top 10 marketing in india.