ePerumahan Terengganu Online: Rumah Mampu Milik Terengganu

ePerumahan Terengganu Online: Rumah Mampu Milik Terengganu

ePerumahan Terengganu Online.

Rakyat negeri Trengganu khususnya yang ingin memiliki rumah mampu milik di Terengganu dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mula membuat permohonan secara atas talian/online.

Bagaimana?

Kami di Thesumber kongsikan artikel kami hari ini ePerumahan Terengganu Online: Rumah Mampu Milik Terengganu 2021 untuk membantu memudahkan urusan permohonan anda.

Jom baca!

ePerumahan Terengganu Online: Rumah Mampu Milik Terengganu 2021

Syarat kelayakan mengikut jenis rumah dan cara permohonan rumah mampu milik Terengganu secara online adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU 2021

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan mengikut kategori RUMAH JENIS A dan RUMAH JENIS B:

RUMAH JENIS A

  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
    • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
    • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
  • Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  • Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Read Also :  Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Online

RUMAH JENIS B

  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • 21 tahun keatas
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  • Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU 2021 ONLINE

Makluman mengenai sistem ePerumahan Terengganu:

  1. Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) telah dinaik taraf dan akan dibuka bermula 1 September 2021
  2. Bagi pemohon yang telah membuat permohonan pada versi 1 dan 2 pula perlu membuat kemaskini maklumat bermula 1 September hingga 31 Disember 2021.

 

 

Permohonan secara talian boleh dilakukan dengan mengikuti tatacara mengikut rajah di bawah:

ePerumahan Terengganu Online

Maklumat Lanjut ePerumahan Terengganu Online

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran yang berikut:

  1. Alamat:
    • PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
      (BAHAGIAN PERUMAHAN)

      TINGKAT BAWAH NO.28,
      PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
      20000 KUALA TERENGGANU.
  2. Talian: + 09-626 7999 /+ 09-631 7999
  3. Alamat E-mel: [email protected]
  4. PORTAL RASMI ePERUMAHAN TERENGGANU

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

 

 

Martins ad network.