Semakan Pinjaman LPPSA 2021.
Permohonan pinjaman LPPSA dibuka kepada semua penjawat yang berkelayakan.
Banyak keistimewaan yang di diberikan kepada penjawat awam yang ingin memohon pembiayaan LPPSA ini.
Bagaimana?
Jom teruskan bersama Thesumber untuk perkongsian yang lebih lengkap dalam artikel kami hari ini Semakan Pinjaman LPPSA 2021: Status Permohonan Online.
Isi Kandungan
Apa Itu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)?
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.
Penjawat awam khususnya mempunyai keistimewaan membeli rumah dengan pinjaman LPPSA berbanding dengan pakej yang ditawarkan bank kerana pinjaman LPPSA akan menawarkan pinjaman dengan kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman sehingga 100% tanpa anda perlu mengeluarkan duit sendiri.
Macam mana nak memohon pinjaman LPPSA ni?
Jom teruskan bersama kami.
Semakan Pinjaman LPPSA 2021: Status Permohonan Online
Untuk makluman anda, semua penjawat awam berjawatan tetap yang telah disahkan perkhidmatan adalah layak untuk membuat permohonan pinjaman LPPSA bagi tujuan pembelian rumah kediaman, tanah atau kerja ubah suai yang dibenarkan.
PEMBIAYAAN PERTAMA
- Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
- Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
PEMBIAYAAN KEDUA
- Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
- Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
JENIS-JENIS PINJAMAN LPPSA 2021
Antara jenis pembiayaan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Membeli rumah atau petak kediaman rumah yang telah siap
- Membina rumah di atas tanah sendiri
- Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
- Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
- Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
- Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
- Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman
JUMLAH HAD PINJAMAN LPPSA 2021
Pengiraan had kelayakan pinjaman adalah seperti contoh di bawah untuk rujukan anda:
- Ansuran bulanan peminjam adalah tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan juga elaun tetap.
- Hutang anda tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
- Gaji bersih peminjam mestilah sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
*Pendapatan bersih = Gaji Pokok + Elaun Tetap yang diambil kira – Potongan
CARA PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA 2021 ONLINE
- Pengguna perlu melayari: PORTAL RASMI LPPSA
- Untuk pengguna kali pertama, anda perlu klik pada ‘Pelanggan Baru’ untuk membuat pendaftaran
- Klik pada ‘Permohonan Atas Talian’ kemudian klik pula ‘Daftar di sini’
- Ikuti langkah-langkah pendaftaran dengan mengisi butiran yang diminta dengan lengkap dan betul.
- Selesai mendaftar, anda boleh terus ‘Log Masuk’ menggunakan ‘No Kad Pengenalan’ dan ‘Kata Laluan’ yang didaftarkan tadi
- Selepas itu, akan dipaparkan di halaman utama 2 jenis pembiayaan yang boleh dipilih pengguna:
- Permohonan Individu
- Permohonan Bersama
- Pemohon perlu mengisi butiran-butiran berikut untuk permohonan:
- Maklumat Awal Pembiayaan
- Maklumat Perkhidmatan
- Pendapatan dan Komitmen
- Maklumat Pembiayaan
- Pemilihan Insurans/Takaful
- Pengesahan
Selesai semuanya klik ‘simpan’ dan ‘hantar’
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:
Senarai dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) yang telah disahkan
- Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji atau Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen yang telah disahkan
- Surat Iringan Ketua Jabatan
- Borang Permohonan Pinjaman / Pembiayaan SPPB yang disahkan termasuk
i. Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful
ii. Borang 2 – Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta Faedah - Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan Di Malaysia
- Salinan Sijil Kelahiran Anak
Maklumat Lanjut Semakan Pinjaman LPPSA 2021
Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:
- Muat turun Aplikasi LPPSA ‘MyFinancing’ di Google Playstore
- Hadir ke mana-mana cawangan LPPSA/Ibu Pejabat LPPSA di:
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
- Pusat Panggilan Utama LPPSA: 03 – 8880 1600
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH