Semakan GKP 4.0 2021.
Prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro, kerajaan sekali lagi mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
Dijangkakan hampir 1 juta usahawan PKS yang layak menerima bantuan bayaran tambahan sebanyak RM1000 seorang secara ansuran.
Bila tarikh bayaran GKP 4.0?
Apa yang dimaksudkan dengan bayaran secara ansuran?
Thesumber kongsikan dengan anda hari ini artikel Semakan GKP 4.0 2021: Tarikh Bayaran & Status Permohonan sebagai rujukan usahawan PKS yang layak.
Jom baca!
Isi Kandungan
Semakan GKP 4.0 2021: Tarikh Bayaran & Status Permohonan
Matlamat utama GKP 4.0 ini diberikan adalah untuk memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS mikro tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)?
Untuk makluman anda, Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Kesinambungan daripada GKP ini adalah GKP 1.0, 2.0 termasuk GKP Tambahan dan GKP PERMAI sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.
TARIKH BAYARAN GKP 4.0 2021
Bayaran ansuran bantuan GKP 4.0 akan bermula September (RM500) dan November (RM500)
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN GKP 3.0
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
- Pemohon yang lulus permohonan baharu GKP 3.0
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
- Pemohon masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
– Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
Pemohon juga perlu berdaftar dengan agensi-agensi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
CARA SEMAK GKP 3.0 PEMERKASA PLUS ONLINE
Mereka yang ingin membuat semakan status kelayakan penerimaan bantuan GKP ini boleh terus ikuti cara-cara yang kami sediakan di bawah::
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI GKP 3.0
- Masukkan no kad pengenalan anda.
- Isi captcha dan klik ‘Semak’
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN GKP
Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan di atas boleh teruskan permohonan seperti di bawah:
- Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
- Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
BORANG PERMOHONAN GKP ONLINE
Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM seperti yang telah kami sediakan di bawah:
Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)
MAKLUMAT TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
- TARIKH DIBUKA : 15 JULAI 2021
- TARIKH DITUTUP: 31 JULAI 2021
KOD ALASAN TIDAK LULUS & DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN
Berikut kami sertakan kod alasan tidak lulus dan dokumen yang anda perlukan:
KOD ALASAN | ALASAN TIDAK LULUS | DOKUMEN |
01 | Pekerja melebihi 4 orang |
|
03 | Tiada pendapatan / perniagaan tidak aktif | Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019 |
05 | Jualan melebihi RM300,000 | Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019 |
04 | VIP / Individu Berprofil Tinggi |
|
07 | Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT | Sijil pendaftaran perniagaan |
Maklumat Lanjut Semakan GKP 4.0 2021
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) juga beroperasi pada 1 & 2 Mei 2020, 9.00 pagi – 4.30 petang.
- Facebook LHDNM
- Portal Rasmi LHDNM
TERIMA KASIH