Semakan Bantuan Khas Covid (BKC) Bujang Bayaran 6 September

Semakan Bantuan Khas Covid.

Anda dah buat semakan samada anda layak atau menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1?

Buat mereka yang layak, bayaran fasa 1 bantuan ini akan bermula pada 6 September 2021.

Anda inginkan maklumat lanjut?

Thesumber hari kongsikan dengan anda informasi Semakan Bantuan Khas Covid (BKC) Bayaran Bermula 6 September sebagai rujukan bagi mereka yang berminat.

Jom teruskan bersama kami.

Semakan Bantuan Khas Covid (BKC) Bujang Bayaran Bermula 6 September

Berikut merupakan perkongsian mengenai Bantuan Khas Covid-19 (BKC) buat rujukan anda:

SENARAI KATEGORI BANTUAN KHAS COVID-19 (BUJANG)

3 kategori penerima bujang yang akan menerima bantuan BKC PEMULIH adalah:

  1. Miskin Tegar
  2. B40
  3. M40

SEMAKAN KATEGORI BUJANG MISKIN TEGAR

  • Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
  • Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM500
  • Bayaran BKC Fasa Pertama sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
  • Bayaran BKC Fasa Kedua sebanyak RM300 pula akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan November 2021.

NOTA:

Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti

SEMAKAN KATEGORI B40 BUJANG BKC

  • Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
  • Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM200
  • Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
BACA JUGA :  Cara Login eGUMIS Online 2021: Semakan Wang Tidak Dituntut

SEMAKAN KATEGORI M40 BUJANG BKC

  • Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,501 hingga RM5,000 (Berdasarkan pelaporan cukai pendapatan).
  • Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM100
  • Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM100 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.

Semakan Bantuan Khas Covid

CARA SEMAK BANTUAN KHAS COVID (BKC) BUJANG ONLINE

Berikut kami kongsikan cara semak bantuan khas covid untuk kategori bujang:

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI BANTUAN KHAS COVID-19
  2. Kemudian klik ‘Log Masuk’ atau ‘Semakan Status’
  3. Isikan nombor kad pengenalan anda
  4. Selepas itu, buat pengesahan ‘Kata Kunci Keselamatan’
  5. Masukkan ‘Kata Laluan’ yang anda daftarkan
  6. Akan diberikan paparan maklumat seperti berikut:
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

JUMLAH & TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID (BKC) 2021

Kategori Penerima Jumlah Bayaran Isi Rumah Jumlah Bayaran Bujang
Miskin Tegar RM1300 RM500
B40 RM800 RM200
M40 RM250 RM100

Tarikh bayaran bantuan pula adalah seperti berikut:

Kategori Penerima Bulan September Bulan November Bulan Disember
Isi Rumah Miskin Tegar RM500 RM500 RM300
Bujang Miskin Tegar RM200 RM300
Isi Rumah B40 RM500 RM300
Bujang B40 RM200
Isi Rumah M40 RM250
Bujang M40 RM100

Maklumat Lanjut Semakan Bantuan Khas Covid

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Semoga perkongsian kami ini memudahkan urusan semakan permohonan dan status bayaran bantuan Covid anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH