Bantuan Pengusaha Taska RM3000: Permohonan & Syarat Online

Bantuan Pengusaha Taska RM3000: Permohonan & Syarat Online

Bantuan Pengusaha Taska RM3000.

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) turut menyertakan bantuan khas buat pengusaha TASKA yang terjejas akibat penularan Covid-19 di Malaysia.

Bantuan ini dipertimbangkan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308].

Anda inginkan maklumat lanjut?

Thesumber membawakan anda artikel Bantuan Pengusaha Taska RM3000: Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai panduan untuk mereka yang inginkan informasi tambahan.

Permohonan dibuka bermula 19 Julai 2021 sehingga 31 Ogos 2021.

Jom baca artikel kami.

Bantuan Pengusaha Taska RM3000: Permohonan & Syarat Kelayakan

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan, prosedur permohonan dan maklumat-maklumat lain buat rujukan mereka yang berminat:

JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN

Jumlah bantuan yang disalurkan mengikut kategori taska adalah seperti berikut:

  • TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti: RM3000
  • TASKA di Rumah: RM800

SYARAT PERMOHONAN MENGIKUT KATEGORI BANTUAN PENGUSAHA TASKA

Syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] mengikut kategori taska adalah seperti berikut:

TASKA KOMUNITI

  1. Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  2. Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  3. Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

TASKA RUMAH

  1. Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  2. Dijalankan di kediaman sendiri
Read Also :  Permohonan Skim Internet Selangor M40 (SISM40) Online

TASKA TEMPAT KERJA

  1. Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  2. Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

TASKA INSTITUSI

  1. Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  2. Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Bantuan Pengusaha Taska RM3000

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGUSAHA TASKA ONLINE

  1. Pemohon boleh mengisi permohonan online di: BORANG PERMOHOHONAN BANTUAN PENGUSAHA TASKA atau dapatkan borang di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/Cawangan yang berdekatan.
  2. Pemohon perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC).
  3. Sediakan semua dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang perlu di hantar sekali dengan borang permohonan anda: SENARAI SEMAK DOKUMEN SOKONGAN
  4. Kemudian pemohon perlu temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/Bahagian/ Cawangan yang terdekat.

Bayaran untuk permohonan yang berjaya akan dilakukan menerusi pindahan wang secara Electronic Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA

Maklumat Lanjut Bantuan Pengusaha Taska RM3000

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan kewangan khas ini anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

  1. PORTAL RASMI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
  2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan; atau
  3. Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996; atau
  4. Talian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Is the carnivore diet heart healthy ?. 연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.