Cara Tempah Vaksin Astrazeneca.
Pusingan pertama suntikan vaksin Astrazaneca ini menyaksikan 268,600 dos vaksin diberikan dengan pendaftaran dibuka kepada penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor sebagai kawasan merekodkan kes tinggi Covid-19.
Sukacita dimaklumkan, pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca secara sukarela akan dibuka bermula 23 Mei ini untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Sekiranya anda berminat, teruskan bersama Thesumber dengan artikel kami hari ini Cara Tempah Vaksin Astrazeneca Untuk Warga Emas Bermula 23 Mei.
Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.
Jom baca.
Isi Kandungan
Cara Tempah Vaksin Astrazeneca Untuk Warga Emas Bermula 23 Mei
Inisiatif ini dijayakan susulan peningkatan sambutan yang menggalakkan untuk vaksin Astrazeneca, dengan keutamaan akses pendaftaran awal ‘first-come, first-serve’ akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Kuota tertentu akan diperuntukan kepada golongan emas yang mendaftar dan baki slot tersebut akan diberikan kepada mereka sudah dalam senarai menunggu setelah tidak mendapat tempat pada pusingan sebelum ini.
Dijangkakan pada pusingan kedua ini, sebanyak 1.1 juta dos vaksin akan diberikan.
TARIKH TEMPAH VAKSIN ASTRAZENECA PUSINGAN KEDUA
Anda boleh mula membuat tempahan ini pada 23 MEI 2021
Tempahan Vaksin Astrazeneca sebelum tarikh tersebut masih ditutup.
KATEGORI INDIVIDU YANG TIDAK SESUAI MENERIMA VAKSIN
Anda dinasihatkan untuk merujuk pakar perubatan sebelum mengambil suntikan vaksin sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di bawah:
- Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
- Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
- Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
- Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
- Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
- Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
- Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
KESAN-KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN VAKSIN
Kesan sampingan yang normal mungkin akan dihadapi oleh mereka yang telah mengambil vaksin AstraZeneca dalam tempoh masa 24 hingga 48 jam adalah seperti berikut:
- Sakit atau sengal di tempat suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Demam
- Rasa seram sejuk
CARA TEMPAH VAKSIN ASTRAZENECA UNTUK WARGA EMAS
Anda hanya perlu mengikuti cara mudah di bawah untuk membuat tempahan:
- Anda perlu layari laman web berikut: PORTAL RASMI VAKSIN COVID
- Isi maklumat diri yang diminta dengan lengkap dan betul kemudian tentukan tarikh temu janji dan tempat vaksinisasi yang diinginkan.
Maklumat Lanjut Cara Tempah Vaksin Astrazeneca
Sebarang pertanyaan atau kekeliruan anda boleh hubungi pihak yang berkaitan dengan menghantar e-mel pertanyaan anda di alamat e-mel berikut:
- info@vaksincovid.gov.my
Sama-sama kita jaga kita. Pastikan anda sentiasa menjaga SOP dan praktikkan penjarakan sosial serta pemakaian mask dan sanitizer walau dimana jua anda berada.
TERIMA KASIH