Permohonan Pos Rider Malaysia 2020 Secara Online

Permohonan Pos Rider Malaysia

Anda berminat ingin menjadi Pos Rider Malaysia? Dengar cerita anda boleh dapat sehingga RM6000 komisen sebulan. Biar betul?

Anda boleh baca sendiri kisah Chairil Anwar bagaimana pandemik COVID-19 mengubah kehidupannya dari seorang pemilik bisnes kepada pos rider yang mampu meraih pendapatan RM2,500 seminggu!

Inginkan maklumat lanjut?

Artikel kami hari Permohonan Pos Rider Malaysia 2020 Secara Online kami bawakan khas untuk anda yang berminat.

Jom teruskan bersama kami!

Permohonan Pos Rider Malaysia 2020 Secara Online: Komisen Sehingga RM6000 Sebulan!

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka yang ingin menjadi Pos Rider Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Permohonan hanya dibuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja
  2. Permohonan hanya untuk SEPENUH MASA sahaja (kecuali Sabah & Sarawak dibuka untuk SEPARUH MASA).
  3. Wajib mempunyai Lesen GDL. Lesen L&P Tidak Dibenarkan.
  4. Bagi permohonan SEPENUH MASA wajib mempunyai PANEL VAN, Lesen GDL dan SSM / Lesen Perniagaan (SS)
  5. Bagi permohonan SEPARUH MASA (Sabah & Sarawak) dibenarkan menggunakan kenderaan SELAIN daripada Panel Van bagi tempoh PKP ini sahaja.
  6. Wajib menggunakan telefon pintar Android 7.0 ke atas dengan sokongan Google Play sahaja.
  7. Taraf jawatan sepenuh masa dan kontrak bergantung kepada lokasi.

CARA-CARA PERMOHONAN POS RIDER MALAYSIA

Sekiranya anda memenuhi segala syarat-syarat di atas, anda boleh membuat permohonan dengan cara berikut:

  1. Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan/mohon online (SILA RUJUK IKLAN).
  2. Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  3. Untuk membuat permohonan anda boleh mengisi BORANG PERMOHONAN POS RIDER INI atau emelkan permohonan anda ke [email protected]

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume / CV
  • Maklumat penuh peribadi
  • Gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik
BACA JUGA :  Permohonan Pinjaman Lulus Segera Yayasan Ihsan Rakyat

NOTA:

Taraf jawatan sepenuh masa dan kontrak bergantung kepada lokasi.

Maklumat Lanjut Permohonan Pos Rider Malaysia

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Pos Rider Malaysia ini anda boleh terus rujuk pada Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad.

Permohonan Pos Rider Malaysia Online

Kesimpulan

Diharapkan artikel kami hari ini dapat membantu mereka yang memerlukan tambahan pendapatan untuk meneruskan kehidupan disaat Covid-19 mengganggu kehidupan di negara kita.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM bagi kita bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH