Cara Memohon Ex-Gratia Kematian [Insentif Waris Penjawat Awam]

Cara Memohon Ex-Gratia Kematian.

Thesumber membawakan anda artikel Cara Memohon Ex-Gratia Kematian [Insentif Waris Penjawat Awam] sebagai panduan khas bagi mereka yang terlibat dengan insentif ini.

Apa Itu Ex-Gratia? Cara-cara permohonan?

Tak perlu risau lagi kami sediakan maklumat ini untuk anda.

Jom baca!

Apakah Ex-Gratia Kematian Penjawat Awam?

Untuk makluman anda, Ex-Gratia Kematian adalah insentif atau pemberian oleh Kerajaan Malaysia kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan iaitu dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun.

Tujuan pelaksanaan insentif ini adalah bagi membantu meringankan beban tanggungan atau waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan dan akan diberikan kepada balu/duda/anak/ibu/ bapa yang layak.

KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG LAYAK MEMOHON

Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada penjawat awam sama ada berstatus sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

4 kategori penjawat awam yang layak adalah seperti berikut:

  1. Penjawat Awam Perkhidmatan Awam Persekutuan
  2. Penjawat Awam Perkhidmatan Negeri
  3. Penjawat Awam Pihak Berkuasa Berkanun
  4. Penjawat Pihak Berkuasa Tempatan

Cara Memohon Ex-Gratia

Cara Memohon Ex-Gratia Kematian [Insentif Waris Penjawat Awam]

JUMLAH PEMBERIAN INSENTIF

Kadar pemberian Ex-Gratia Kematian ini bergantung kepada tempoh perkhidmatan penjawat awam (si mati) tersebut.

Berikut kami kongsikan jumlah pembayaran insentif ini mengikut kategori tempoh perkhidmatan:

  1. Perkhidmatan kurang 60 bulan: RM150,000
  2. Perkhidmatan 61-120 bulan: RM100,000
  3. Perkhidmatan 121-180 bulan: RM75,000
  4. Perkhidmatan 181-240 bulan: RM50,000
  5. Perkhidmatan lebih 240 bulan: Tiada
BACA JUGA :  Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021

PELAKSANAAN PEMBAYARAN EX-GRATIA KEMATIAN

Pembayaran insentif ini akan dilakukan dalam bentuk sekali gus kepada waris yang layak.

Pembayaran hanya dibuat kepada waris yang LAYAK seperti balu atau duda atau anak (bawah 21 tahun) atau ibu atau bapa kepada anggota awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan sahaja.

Pecahan pembayaran insentif ini adalah seperti berikut:

  1. 9/10 syer (90%) akan dibayar kepada balu/duda dan anak-anak bawah 21 tahun.
  2. 1/10 syer (10%) akan dibayar kepada ibu, jika ibu telah meninggal, kepada bapa gemulah.
  3. Syer penuh 100% kepada balu/duda/anak sekiranya ibu dan bapa gemulah sudahpun meninggal dunia.
  4. Syer penuh 100% kepada ibu, jika ibu telah meninggal dunia, kepada bapa gemulah yang meninggal dunia berstatus bujang (tiada pasangan/tiada anak).

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN PENJAWAT AWAM

Penjawat awam yang telah memilih skim pencen, permohonan Ex-Gratia Kematian akan diproses bersama-sama dengan permohonan faedah persaraan terbitan.

Penjawat awam yang memilih Skim KWSP, cara-cara permohonannya adalah seperti dibawah:

  1. Anda perlu memuat turun borang permohonan BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN
  2. Isi maklumat gemulah, pemohon, anak, ibu atau atau bapa dan pengakuan pemohon dengan lengkap di dalam borang permohonan tersebut.
  3. Borang tersebut kemudiannya perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan.
  4. Borang permohonan perlulah disertakan dengan dokumen berikut:
    – Sijil Buku Perkhidmatan Kerajaan yang disahkan.
    – Kenyataan Cuti
    – Sijil Kematian Anggota
    – Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Lahir setiap waris
    – Sijil Nikah/Sijil Cerai (jika berkaitan)
    – Sijil Lahir anak anggota
    – Sijil Lahir Gemulah
    – Akaun bank perseorangan setiap waris
    – Borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (Borang JPA.BP.SPT.B03a) (jika berkaitan)
    – Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)
    – Borang Daftar Anak Kurang Upaya (Borang JPA.BP.UMUM.B04) (jika berkaitan)
    – Sijil Akuan Berhutang dengan dokumen pembuktian yang lengkap
  5. Akhir sekali, borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada:Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pasca Perkhidmatan,
    Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 PUTRAJAYA.
BACA JUGA :  Bantuan Kecemasan MAIPk 2021: Permohonan & Semakan Online

Info Lanjut Cara Memohon Ex-Gratia Kematian

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Ex-Gratia Kematian ini anda boleh hubungi dengan cara:

  • Menghantar email kepada mypesara@kwap.gov.my ATAU
  • Hubungi mereka di talian: 03-8887 8777

Selamat maju jaya kami ucapkan!

Sebar-sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH