Borang Permohonan Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2020 Online

Borang Permohonan Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2020 Online

Borang Permohonan Pinjaman TEKUN.

Jom baca artikel kami hari ini Borang Permohonan Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2020 dimana anda boleh menjalankan perniagaan menggunakan motosikal sahaja!

Bagaimana?

Jom teruskan bersama kami!

Apakah Itu Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2.0?

Program ini merupakan salah satu initiatif kerajaan diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui TEKUN Nasional iaitu Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Ini adalah untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur terbahagi kepada dua iaitu:

TEKUN Mobilepreneur 1.0

  • Skim pembiayaan baik pulih motosikal dan modal pusingan dengan had pembiayaan adalah sehingga RM2,000.
  • Tempoh pembayaran balik pembiayaan yang ditetapkan bagi TEKUN Mobilepreneur 1.0 adalah 1 tahun dan 6 bulan penangguhan

TEKUN Mobilepreneur 2.0

  • Pembiayaan pembelian motosikal dan modal pusingan dengan had pembiayaan yang akan diberikan adalah sehingga RM10,000.
  • Tempoh pembayaran balik pembiayaan yang ditetapkan bagi TEKUN Mobilepreneur 2.0 pula adalah sehingga 3 tahun.

Borang Permohonan Pinjaman TEKUN

Borang Permohonan Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2.0 Untuk Usahawan Terkesan Akibat Covid-19

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN TEKUN 2020

Syarat-syarat kelayakan bagi pinjaman TEKUN 1.0 dan 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  4. Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  5. Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  6. Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  7. Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  8. Pemohin terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  9. Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  10. Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
Read Also :  SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN MOBILEPRENEUR

PERMOHONAN ONLINE

  1. Anda perlu layari laman web berikut: https://mobilepreneur.tekun.gov.my/
  2. Kemudian klik pada bahagian “Daftar Akaun Anda Sekarang”
  3. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan.
  4. Selesai daripada itu klik pada butang “Daftar Akaun”
  5. Buka emel dan tekan pada link bahagian pengesahan pendaftaran.
  6. Masukkan alamat emel anda dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  7. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.

PERMOHONAN MANUAL

  1. Layari laman web berikut: BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TEKUN 1.0 & 2.0
  2. Muat turun borang-borang di bawah:
    Borang JPP01 – Senarai Semak
    Borang JPP 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
    Borang JPP 11 – Borang Penama
    JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
    JPP Borang 25 – Borang Permohonan Pembiayaan CBRM (Usahawan TEKUN Sedia Ada)
  3. Lengkapkan semua borang di atas beserta dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang yang telah lengkap diisi ke Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

Borang permohonan anda mestilah perlu disertakan dengan dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah:

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02/JPP25/JPP17).
  • Gambar pemohon berukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.
  • Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  • Salinan geran motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
  • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.
Read Also :  Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Nasional

Maklumat Lanjut Borang Permohonan Pinjaman TEKUN

Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan mengenai pembiayaan ini boleh hubungi:

Laman web TEKUN Nasional:

  • https://www.tekun.gov.my.

Ibu pejabat TEKUN Nasional di alamat:

  • Menara TEKUN, T5-01-01 Maju Link, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur

Kesimpulan Borang Permohonan Pinjaman TEKUN

Selamat maju jaya kami ucpakan kepada mereka yang layak membuat prmohonan pembiayaan ini!

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH